149) PEMBANGUNAN SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri mengatasi pembangunan sukan di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kekurangan tanah untuk rekreasi dan sukan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memajukan sukan kalangan belia?
149) USAHAWAN AGRO GENERASI MUDA SELANGOR (AGROGEMS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah syarat-syarat melayakkan seseorang peserta menerima bantuan Agrogems tersebut?
-
Adakah kesemua penerima bantuan telah menerima bantuan tersebut?
149) PEJABAT MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci nama, jawatan, gaji, elaun serta kemudahan semua kakitangan Pejabat Menteri Besar.
-
Nyatakan tranformasi di Pejabat Menteri Besar.
149) LAPORAN KESAN PENILAIAN ALAM SEKITAR TEKNOLOGI WASTE TO ENERGY
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah hasil laporan kesan penilaian alam sekitar terhadap perancangan kerajaan membangunkan sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menggunakan teknologi Waste to Energy di Jeram, Kuala Selangor?
149) PROGRAM MESRA USIA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Sejak program Mesra Usia Emas dilancarkan berapa ramaikah yang telah mendaftar untuk skim ini?
-
Berapa ramaikah orang yang telah menerima manfaat program Mesra Usia Emas ini dan berapa kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah terdapat perancangan Kerajaan Negeri untuk meluaskan skim ini kepada golongan lain?
149) GERAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pengesyoran Kerajaan Negeri kepada Kementerian Kewangan mengenai semak semula Garis Panduan Tatacara Pengurusan Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menyemak semula prosos kelulusan supaya agensi pelaksana boleh melaksanakan kerja-kerja MARRIS dalam masa 24 jam?
149) PENEMPATAN ORANG ASLI DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL (HSK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 63: ÒPada pendapat Audit, penempatan Orang Asli di kawasan HSK adalah tidak memuaskan kerana JPNS tidak dapat mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993Ó. Tidak terdapat ulasan daripada Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor. Berapakah anggaran penduduk Orang Asli yang terbabit dalam HSK berkenaan?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Jabatan bagi mengurangkan masalah penempatan Orang Asli di HSK seluruh Selangor?
-
Apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah tersebut?
149) PERANCANGAN KONTIGENSI PENGURUSAN SAMPAH DI MUSIM PERAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pelan khusus musim perayaan bagi kutipan sampah domestik dari segi kekerapan kutipan di semua PBT.
-
Nyatakan sekali pelan khusus untuk sampah pukal pra perayaan.
149) TENAGA KERJA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Selain insiatif Persektuan membendung masalah kebanjiran pekerja asing, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri?
-
Adakah kerajaan negeri boleh memainkan peranan untuk menggantikan tenaga kerja asing dengan tenaga kerja tempatan terutama di sektor perkhidmatan?
149) CUKAI TAKSIRAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kutipan cukai taksiran di Selangor pada tahun 2016 mengikut PBT
-
Berapakah jumlah tunggakan cukai taksiran di Selangor pada tahun 2016 mengikut PBT?
