149) PENEMPATAN ORANG ASLI DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL (HSK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 63: ÒPada pendapat Audit, penempatan Orang Asli di kawasan HSK adalah tidak memuaskan kerana JPNS tidak dapat mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993Ó. Tidak terdapat ulasan daripada Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor. Berapakah anggaran penduduk Orang Asli yang terbabit dalam HSK berkenaan?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Jabatan bagi mengurangkan masalah penempatan Orang Asli di HSK seluruh Selangor?
-
Apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah tersebut?
149) MENTERI BESAR INCOPRATED
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Siapakah yang memegang kuasa eksekutif dan kewangan MBI?
-
Nyatakan struktur dan senaraikan perjawatan serta tugas setiap kakitangan dalam MBI di bawah kepimpinan kerajaan negeri baharu?
-
Nyatakan jumlah gaji, elaun atau yuran setiap perjawatan dalam MBI?
149) Rumah Selangorku
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan projek RSKU yang masih dalam pembinaan mengikut daerah dan projek RSKU belum mula sehingga Oktober 2020?
-
Nyatakan tindakan LPHS dalam usaha mempercepatkan projek RSKU yang masih dalam projek belum bina dan pemaju telah mengambil deposit daripada pembeli?
149) PENDAFTARAN E-KASIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan maklumat mengenai pendaftaran e-Kasih mengikut pecahan kaum dan daerah di Selangor.
-
Senaraikan maklumat mengenai bilangan pegawai bancian e-Kasih mengikut daerah di Selangor.
149) TENAGA KERJA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Selain insiatif Persektuan membendung masalah kebanjiran pekerja asing, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri?
-
Adakah kerajaan negeri boleh memainkan peranan untuk menggantikan tenaga kerja asing dengan tenaga kerja tempatan terutama di sektor perkhidmatan?
149) AKHBAR SELANGORKINI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan secara detail apakah peranan utama dan keberkesanan Akhbar Selangorkini dalam menyampaikan maklumat Kerajaan Negeri kepada rakyat?
-
Sila nyatakan jumlah kos penerbitan bagi setiap keluaran dan nama syarikat yang dilantik bagi mengendalikan penerbitan tersebut?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah naskhah Akhbar Selangorkini edisi Mandarin yang diterbitkan dan berapakah naskhah yang diterima serta diedarkan oleh setiap DUN?
149) KOMPAUN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kompaun yang telah dikeluarkan oleh setiap PBT sejak tahun 2008 mengikut jenis kompaun dan nilainya.
-
Nyatakan jumlah kompaun yang tidak berbayar dan yang telah dibatalkan beserta dengan sebabnya.
-
Nyatakan jumlah kompaun tidak berbayar yang telah diambil tindakan pendakwaan.
149) KEMUDAHAN PUSAT ASUHAN DAN TEMPAT PENYUSUAN IBU DI TEMPAT KERJA DAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menetapkan ini sebagai satu syarat yang perlu dipatuhi sebelum PBT meluluskan permohonan kebenaran merancang (KM) untuk mana-mana projek pembangunan kawasan komersial dan blok pejabat?
-
Senaraikan semua tempat awam, kawasan komersial dan tempat membeli-belah yang telah menyediakan kedua-dua kemudahan ini di Selangor mengikut PBT.
150) PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR BERHAD (KPSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan KPSB yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai pada tahun 2015
-
Apakah usaha KPSB untuk meningkatkan prestasi kewangan tersebut?
150) BANDAR SELAMAT DAN TANPA HALANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan dan sasaran kerajaan dalam mencegah jenayah di kawasan perbandaran?
-
Apakah rancangan dan sasaran kerajaan dalam mewujudkan kemudahan dan infrastruktur perbandaran yang mesra OKU?
-
Apakah kemajuan dan kemungkinan setiap PBT melibatkan pasukan penguatkuasa dalam rondaan keselamatan.
