149) KEMASUKAN SIJIL UEC KE UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kemasukan pelajar menggunakan sijil UEC pada 2017.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menarik minat pemilik sijil UEC memasuki UNISEL?
149) LALUAN BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menambah lebih banyak laluan Bas Smart Selangor terutamanya di dalam kawasan luar bandar DUN Pelabuhan Klang seperti Pulau Indah, Telok Gong, Kampung Pendamar, Kampung Idaman dan Pandamaran Jaya?
149) USAHAWAN AGRO GENERASI MUDA SELANGOR (AGROGEMS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah syarat-syarat melayakkan seseorang peserta menerima bantuan Agrogems tersebut?
-
Adakah kesemua penerima bantuan telah menerima bantuan tersebut?
149) TRAP NEUTER REHOME
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan pendirian Kerajaan Negeri berkenaan dasar Trap Neuter Rehome.
-
Apakah cabaran yang dihadapi oleh Majlis untuk melaksanakan dasar TNR?
149) PINJAMAN MIKROKREDIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Bilakah skim pinjaman mikrokredit ini akan dilaksanakan dan badan pelaksana manakah yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan permohonan untuk skim mikrokredit?
-
Apakah sistem agihan yang digunakan bagi memastikan bahawa pinjaman ini sampai kepada mereka yang layak mengikut syarat yang telah ditetapkan?
-
Selain meminjamkan wang, apakah program yang akan dilaksanakan di bawah skim pinjaman mikro kredit ini bagi memperdayakan peminjam-peminjam?
149) PEJABAT MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci nama, jawatan, gaji, elaun serta kemudahan semua kakitangan Pejabat Menteri Besar.
-
Nyatakan tranformasi di Pejabat Menteri Besar.
149) HOTEL BAJET DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bilangan hotel-hotel bajet mengikut daerah?
-
Nyatakan tindakan yang diambil untuk menyekat gejala maksiat yang berlaku di hotel-hotel bajet tersebut?
-
Setakat mana penglibatan dan kejayaan JAIS dalam membenteras gejala maksiat di hotel-hotel bajet tersebut?
149) LAPORAN KESAN PENILAIAN ALAM SEKITAR TEKNOLOGI WASTE TO ENERGY
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah hasil laporan kesan penilaian alam sekitar terhadap perancangan kerajaan membangunkan sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menggunakan teknologi Waste to Energy di Jeram, Kuala Selangor?
149) GERAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pengesyoran Kerajaan Negeri kepada Kementerian Kewangan mengenai semak semula Garis Panduan Tatacara Pengurusan Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menyemak semula prosos kelulusan supaya agensi pelaksana boleh melaksanakan kerja-kerja MARRIS dalam masa 24 jam?
149) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramai rakyat Selangor yang telah mendaftarkan diri dengan program Mesra Usia Emas dan Tabung Anak Warisan Selangor? Minta senaraikan bilangan pendaftar mengikut DUN.
-
Berapa banyak wang yang telah dibayarkan kepada keluarga simati mengikut DUN?
