150) PRESTASI PENYENGGARAN JALAN DI PETALING JAYA OLEH MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ) DAN JABATAN KERJA RAYA (JKR) PETALING
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kerja penyenggaraan jalan yang dirancang oleh MBPJ dan JKR Petaling dari 2010-2013.
-
Nyatakan nilai setiap kerja tersebut.
-
Nyatakan status pelaksanaan kerja-kerja yang disenarai di 8(a).
150) KECURIAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri bercadang mewujudkan sebuah pasukan penguatkuasa atau semacam polis bantuan untuk mengekang aktiviti kecurian pasir?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengenakan penalti kepada pejabat tanah daerah akibat tidak dapat mengawal industri pasir?
-
Adakah kerajaan menyediakan peruntukan khas bagi memperbaiki tebing sungai dan jambatan runtuh akibat aktiviti perlombongan pasir tidak terkawal?
150) YAYASAN BASMI KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah aset baik dalam bentuk tanah ataupun kewangan yang disumbangkan kepada Yayasan Basmi Kemiskinan tetapi kini dibekukan dan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memantau dan memastikan bahawa sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada mana-mana badan kebajikan adalah digunakan secara sebaiknya?
150) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua anak syarikat Kerajaan Negeri serta pengerusinya
-
Nyatakan jumlah dividen yang diperolehi dari setiap anak syarikat tersebut pada 2017.
150) TEMPAT KEDIAMAN UNTUK SEMUA
Tahun:
Sesi:
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah ciri-ciri utama Òdasar perumahan menyeluruhÓ yang akan dibentuk oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah program perumahan mampu sewa?
-
Bagaimanakah Skim Perumahan Rakyat dengan cadangan peruntukan RM50 juta setahun akan dilaksanakan?
150) BANTUAN KEPADA PELAJAR LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramaikah pelajar tajaan Kerajaan Negeri yang belajar di luar negara?
-
Apakah tindakan kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar Selangor di luar negara yang menghadapi krisis ekoran kejatuhan nilai ringgit?
150) PERUMAHAN RAKYAT MAMPU MILIK GOLONGAN B40
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membangunkan perumahan rakyat mampu milik untuk golongan B40 di setiap daerah?
-
Apakah langkah jangka panjang kerajaan untuk memastikan rakyat golongan B40 memiliki rumah?
150) SEWAAN DEWAN DAN PREMIS DI BAWAH SUK DAN UPEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah polisi berkenaan menyewakan dewan dan premis SUK kepada orang awam?
-
Berapakah hasil yang diperolehi daripada sewaan setahun?
-
Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada penyewa?
150) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah kutipan zakat di Negeri Selangor dari tahun 2013-2017
-
Nyatakan bentuk-bentuk pengagihan dan jumlah yang terlibat bagi tahun 2013- 2017
150) PENUBUHAN PASUKAN POLIS BANTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengumumkan penolakan permintaan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Polis Bantuan. Apakah langkah Kerajaan Negeri lanjutan daripada keputusan Kementerian Dalam Negeri?
-
Apakah langkah-langkah langsung dan tidak langsung yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk membendung kes-kes jenayah?
