150) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran jumlah pelancong yang dijangka diterima bersempena Tahun Melawat Selangor 2014?
-
Berapakah pula anggaran pendapatan yang akan dijana darinya?
-
Apakah perancangan dari kerajaan negeri bagi mempromosi kegiatan pelancongan dan membina lebih banyak tempat pelancongan yang baru?
150) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun pertama 2009 secara perbandingan dengan setengah tahun pertama 2008 mengikut pecahan daerah.
-
Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi setengah tahun pertama 2009 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain?
-
Apakah langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Selangor?
150) TUNGGAKAN HASIL KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengutip atau mengurangkan tunggakan hasil kerajaan negeri yang dilaporkan melebihi setengah bilion (RM670.57 juta) pada tahun 2007
150) PRESTASI PENYENGGARAN JALAN DI PETALING JAYA OLEH MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ) DAN JABATAN KERJA RAYA (JKR) PETALING
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kerja penyenggaraan jalan yang dirancang oleh MBPJ dan JKR Petaling dari 2010-2013.
-
Nyatakan nilai setiap kerja tersebut.
-
Nyatakan status pelaksanaan kerja-kerja yang disenarai di 8(a).
150) KEBENARAN MENJADI IMAM DI INSTITUSI MASJID DAN SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah benar hanya mereka yang ditauliahkan oleh MAIS sahaja boleh mengimami solat di masjid dan surau?
-
Bagaimana jika pihak masjid atau surau memberi peluang penceramah jemputan,guru takmir atau individu berkebolehan untuk mengimamkan solat?
-
Adakah tugasan imam untuk semua kategori solat?
150) PROGRAM KESEDARAN KENEGARAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perincian program kesedaran kenegaraan yang diumumkan dalam bajet 2017 bernilai RM8 juta
-
Apakah intipati kursus dan sasaran penyertaan?
-
Nyatakan pihak yang dipertangungjawabkan untuk melaksanakan program tersebut
150) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos penyelenggaraan dan cukai-cukai yang harus dibayar dari 2017-2019?
-
Nyatakan anggaran pendapatan setahun bangunan tersebut sekiranya ia dibuka untuk disewa.
150) BANTUAN KEPADA PELAJAR LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramaikah pelajar tajaan Kerajaan Negeri yang belajar di luar negara?
-
Apakah tindakan kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar Selangor di luar negara yang menghadapi krisis ekoran kejatuhan nilai ringgit?
150) KEBERKESANAN PROJEK INFRASTRUKTUR DAN INISIATIF LAIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Sebarang analisa kos-faedah dan penilaian spesifik masing-masing pra dan pasca pelaksanaan projek bagi semua projek infrastruktur dan inisiatif yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri demi memastikan Óvalue for moneyÓ dan keberkesanan perbelanjaan dana awam.
150) STESEN BAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah saya mohon Kerajaan Negeri untuk membina stesen bas bagi membantu penduduk mendapatkan khidmat pengangkutan bas lebih selesa dan jimat?
-
Apakah syarat dan faktor untuk Yang Berhormat ADUN mendapatkan pembinaan sebuah stesen bas bagi menyelesaikan masalah penduduk yang memerlukan perkhidmatan tersebut?
