151) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai Pusat Wanita Berdaya yang telah ditubuhkan.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk menubuhkan Pusat Wanita Berdaya di DUN Teratai dalam tahun 2014. Jika tidak, sila nyatakan sebab.
151) PEMBINAAN INCINERATOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Kementerian KPKT telah mengumumkan bahawa rancangan pembinaan incinerator di setiap negeri, apakah pendirian Kerajaan Negeri berkenaan rancangan tersebut?
-
Adakah kerajaan akan memberi kelulusan pembinaan incinerator walaupun operasi incinerator akan menjejaskan kesihatan penduduk?
151) KEMPEN BEG PLASTIK SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana kejayaan program Selangor Tanpa Beg Plastik yang dilancarkan semenjak 2012?
-
Apakah kontribusi CSR dari pihak pasar raya sepanjang Kempen ini terlaksana disebabkan penjimatan dengan tidak menyediakan beg plastik lagi? Sila nyatakan program-program yang di laksanakan?
151) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Siapakah ahli tribunal yang telah dilantik?
-
Berapa kes yang mampu dikendalikan oleh tribunal dalam sebulan?
-
Apakah rancangan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran umum dan pihak pengurusan tentang wujudnya tribunal dan fungsinya?
151) PERLOMBONGAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Mulut
-
Berapakah pendapatan yang telah diperolehi oleh Kerajaan hasil perlombongan pasir melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd dalam tempoh enam bulan lalu?
-
Siapakah kontraktor-kontraktor yang dilantik bagi mengendalikan aktiviti perlombongan pasir ini?
151) IPR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Banyak program Inisiatif Peduli Rakyat telah ditangguh serta tukar jenis pembahagian. Termasuk SMUE telah tukar konsep pembahagian. Memandangkan kos pengebumian semakin tinggi pada masa sekarang, adakah kerajaan dapat mempertimbangkan untuk memberi bantuan dari segi wang iaitu sebanyak RM1,00000?
151) MISKIN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam membantu penduduk miskin bandar di Selangor?
-
Nyatakan kos dan perincian program yang telah dilaksanakan bagi membantu kelompok miskin bandar
-
Nyatakan kejayaan Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah miskin bandar
151) SISTEM TALIAN ADUAN RAKYAT SELANGOR (STARS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak aduan yang telah diterima oleh STARS sejak tahun 2008 dan nyatakan kategori-kategori aduan yang diterima.
-
Terangkan prosedur dan aliran pengendalian aduan sistem STARS.
151) MASALAH BANJIR DI DUN IJOK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang akan di ambil untuk mengatasi sepenuhnya masalah banjir yang sering melanda kawasan2 kampung dan pekan di DUN Ijok?
151) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Peruntukan tahunan bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) antara 2009 dan 2016 di samping perincian penggunaan dana mengikut DUN dan kawasan parlimen, bilangan penerima dan unjuran lima tahun akan datang
