152) NELAYAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor yang telah diluluskan untuk membantu nelayan yang berpendapatan rendah dalam tahun 2010 ?
-
Sila senaraikan jenis peruntukan yang telah diluluskan pembahagiannya mengikut daerah-daerah dan bilangan nelayan yang dapat faedahnya.
152) SEKOLAH KAFA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah Jabatan Agama Islam Selangor mempunyai inventori infrastruktur asas sekolah- sekolah tersebut yang pada pemerhatian saya agak kurang sempurna
-
Apakah perancangan kerajaan negeri dalam menaikkan lagi taraf sekolah tersebut.
152) HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pembayaran yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk hadiah anak masuk universiti?
-
Apakah taburan pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang telah menerima hadiah ini?
152) PERPUSTAKAAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah Perpustakaan Desa mengikut DUN dan apakah kriteria dalam memutuskan pembinaannya.
-
Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri dalam menambahbaik sistem perpustakaan desa ini.
152) PERKHIDMATAN AIR DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah pengguna air mengikut sektor (perumahan, perniagaan, industri dan air mentah), tarif sediaada, jumlah kutipan daripada mereka.
-
Pihak mana yang bayar untuk penggantian paip baru di Selangor dan berapa jumlah kos keseluruhan?
-
Bila program penggantian paip akan siap?
152) JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kejayaan jabatan ini pada tahun 2016
-
Senaraikan projek di bawah jabatan ini yang gagal dilaksanakan dan faktornya
-
Nyatakan jumlah peruntukan kepada jabatan ini dari 2014-2016
152) KADAR KUTIPAN HASIL NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah hasil-hasil utama Kerajaan Negeri yang terjejas sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini?
-
Apakah anggaran kerugian hasil Kerajaan Negeri pada tahun ini, sejak bermulanya penyebaran Covid-19 di Selangor sehingga hujung tahun nanti?
152) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Kriteria melantik Selgate Corporation sebagai Òthird-party administratorÓ bagi Skim Peduli Sihat yang diperuntukkan RM125 juta untuk menyediakan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan kepada mereka yang layak, caj tahunan sebagai pengendali dan alasan tidak dibayar terus kepada klinik berdaftar
152) KAWASAN OPERASI BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci kawaasan operasi perjalanan Bas Smart Selangor yang dilancarkan pada tahun 2016.
-
Apakah Kerajaan Negeri melakukan kajian keperluan Bas Smart Selangor dikawasan tersebut sebelum dilaksanakan.
152) PEMASANGAN KAWALAN LITAR TERTUTUP (CCTV)
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memasang CCTV di area kawasan panas bagi mengelakkan aktiviti haram berlaku?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengurangkan risiko berlakunya jenayah di kawasan yang sedang membangun selain faktor kekurangan anggota polis yang menjaga keselamatan awam?
