152) RIZAB NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah Rizab Negeri dari 2016-2018.
-
Nyatakan perbelanjaan dari Rizab Negeri pada 2018.
152) BILANGAN RUMAH IBADAT YANG MEMOHON TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bilangan permohonan tanah ibadat setiap tahun daripada 2008 hingga 2018
-
Butirkan bilangan lulus, tolak dan masih dalam pertimbangan
152) PROGRAM BANTUAN KESIHATAN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jenis bantuan, jumlah disalurkan dan jumlah penerima Program Bantuan Kesihatan Rakyat mengikut tahun sejak 2009.
-
Senaraikan NGO yang menerima mesin dialisis daripada Kerajaan Negeri serta jumlah pembiayaan sejak 2009.
153) ADUAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Isu berkaitan tanah di Bukit Jugra yang mana ada rungutan dan aduan tanah kerajaan telah dicerobohi.
-
Apakah langkah PBT dalam menanganinya?
153) ZONING PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Berkenaan zoning pembangunan luar Bandar, sekiranya pihak pemaju ingin membangunkan kawasan di luar zoning yang sedia ada, apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha membantu mereka?
153) TEBING RUNTUH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Penduduk Jalan 12, Taman Bukit Kajang bimbang tanah Bukit Kajang yang dipotong secara ÔverticalÕ runtuh dan membahayakan mereka. Apakah masalah tebing bukit curam ini berada di dalam maklumat MPKj?
-
Apakah kaedah terbaik bagi menjamin tidak berlakunya runtuhan
-
Bilakah tindakan memperbaikinya akan dilakukan?
153) HUTAN BAKAU PESISIR PANTAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapakah luas hutan bakau di pesisir pantai negeri Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri ada membuat pemantauan mengenai penebangan Kayu bakau secara haram di pesisir pantai untuk dijadikan kolam ikan dan udang?
-
Apakah yang dilakukan oleh kerajaan negeri jika berlaku penebangan secara haram tersebut?
153) GST
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah GST dikenakan kepada fi peniaga kecil-kecilan?
-
Apakah PBT mempunyai rancangan untuk membantu peniaga-peniaga kecil seperti pasar malam ini untuk tidak dikenakan GST sebagai sebahagian dari CSR kerajaan?
153) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor merancang memajukan projek rumah Selangorku di DUN Sungai Air Tawar?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk bekerjasama dengan mana-mana pemaju yang ingin memajukan tanah-tanah terbiar milik Kerajaan Negeri di kawasan Sungai Lang, Sungai Air Tawar?
-
Sektor apakah yang diutamakan jika ada syarikat-syarikat yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dan apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada syarikat yang berminat?
153) PROGRAM BANTUAN BINA RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bilangan rumah yang telah dibina melalui program ini di Selangor.
-
Senaraikan bilangan permohonan yang telah diterima setakat ini untuk pembinaan rumah percuma warga miskin
-
Berapa lamakah proses kelulusan permohonan dan pembinaan perumahan tersebut?
