153) PENYERAHAN PENYELENGGARAAN DARIPADA PEMAJU KEPADA PBT KAWASAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan terhadap pemaju kawasan yang tidak membuat serahan penyelenggaraan kepada MDKS terlebih dahulu sebelum kemudahan fasiliti lengkap disiapkan?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi pemaju yang gagal siapkan sebuah projek perumahan yang melibatkan nasib penduduk di Bukit Kerayong?
153) ISU SISA ELEKTRONIK (E-WASTE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Selain daripada sisa plastik dan dasar bebas plastik, kita juga menghadapi lambakan sisa elektronik yang mengandungi logam berat dan bahan toksik. Apakah strategi, dasar dan langkah-langkah yang ada untuk memastikan sisa-sisa elektronik ini dilupuskan dengan cara yang mesra alam sekitar?
153) HOTEL BAJET
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah hotel bajet yang berlesen dan tidak berlesen dari 2015-2017 mengikut PBT.
-
Nyatakan jumlah kelulusan hotel bajet dari 2015-2017 mengikut PBT.
153) ZONING PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Berkenaan zoning pembangunan luar Bandar, sekiranya pihak pemaju ingin membangunkan kawasan di luar zoning yang sedia ada, apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha membantu mereka?
153) TEBING RUNTUH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Penduduk Jalan 12, Taman Bukit Kajang bimbang tanah Bukit Kajang yang dipotong secara ÔverticalÕ runtuh dan membahayakan mereka. Apakah masalah tebing bukit curam ini berada di dalam maklumat MPKj?
-
Apakah kaedah terbaik bagi menjamin tidak berlakunya runtuhan
-
Bilakah tindakan memperbaikinya akan dilakukan?
153) BERAPAKAH JUMLAH KAKITANGAN YANG BERKERJA DI BAWAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR TERMASUK PBT?
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kakitangan yang berkerja di bawah Kerajaan Negeri Selangor termasuk PBT?
153) LAPOR JALAN ROSAK MELALUI WAZE
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah JKR Selangor telah melaksanakan sistem lapor jalan berlubang melalui aplikasi waze? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh JKR Selangor bagi memastikan masalah jalan berlubang boleh diselesaikan dengan segera.
153) HUTAN BAKAU PESISIR PANTAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapakah luas hutan bakau di pesisir pantai negeri Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri ada membuat pemantauan mengenai penebangan Kayu bakau secara haram di pesisir pantai untuk dijadikan kolam ikan dan udang?
-
Apakah yang dilakukan oleh kerajaan negeri jika berlaku penebangan secara haram tersebut?
153) PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah sumbangan Kerajaan Negeri khususnya di kawasan saya iaitu Sawah Sempadan?
-
Adakah bantuan seperti baja, benih dan jentera diberikan?
-
Adakah penambaikan dibuat dari masa ke semasa dari segi kualiti benih dan baja kepada petani?
153) GST
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah GST dikenakan kepada fi peniaga kecil-kecilan?
-
Apakah PBT mempunyai rancangan untuk membantu peniaga-peniaga kecil seperti pasar malam ini untuk tidak dikenakan GST sebagai sebahagian dari CSR kerajaan?
