153) ANCAMAN HAIWAN PENGGANGGU KEBUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mencegah haiwan pengganggu kebun seperti monyet, kera, khinzir di Selangor?
-
Berapakah kos yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk mencegah ancaman haiwan tersebut?
153) KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI KAWASAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Tumpuan mestilah diberikan dalam masalah penduduk kampung yang memerlukan jalan, longkang, lampu jalan. Masalah ini masih berterusan ini kampung -kampung di Daerah Kuala Selangor ; juga pembinaan titi atau jambatan kecil untuk melintas parit dari jalan raya ke rumah ; usaha-usaha untuk membaik pulih dan menaik taraf dewan-dewan, gelanggang futsal dan badminton supaya ianya akan digunakan oleh penduduk kampung dengan sempurna. Setakat ini berapa jumlah dewan,balai raya,gelanggang futsal dan badminton di Daerah Kuala Selangor ?
-
Berapa yang ada dalam keadaan yang baik ?
-
Bolehkah kerajaan sediakan satu jadual bila program infrastruktur untuk menaik taraf jalan, longkang, titi, lampu jalan akan disiapkan ?
153) MEMPERKASAKAN MASJID-MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian Kerajaan Negeri dalam memperkasakan lagi masjid-masjid yang sedia ada.
-
Apakah perancangan bagi tahun hadapan agar masjid-masjid di Negeri Selangor ini benar-benar menjadi pusat aktiviti dan transformasi rakyat.
153) BILLBOARD BARISAN AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Berapakah billboard yang disebut di atas di seluruh Negeri Selangor?
-
Berapakah harga bagi seunit billboard?
-
Siapakah pemilik syarikat yang mendapat kontrak ini?
153) ANAK MUDA TERCICIR PELAJARAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu anak muda yang tercicir dalam pelajaran?
-
Apakah program yang telah dilaksanakan untuk membantu anak muda tersebut pada tahun 2015?
153) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor merancang memajukan projek rumah Selangorku di DUN Sungai Air Tawar?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk bekerjasama dengan mana-mana pemaju yang ingin memajukan tanah-tanah terbiar milik Kerajaan Negeri di kawasan Sungai Lang, Sungai Air Tawar?
-
Sektor apakah yang diutamakan jika ada syarikat-syarikat yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dan apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada syarikat yang berminat?
153) PEMBANGUNAN KAMPUNG ORANG ASAL SUNGAI BULOH
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Adakah perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan infrastruktur kawasan tersebut?
-
Apakah terdapat perancangan untuk pembangunan generasi muda bagi golongan ini?
-
Apakah terdapat bantuan pembangunan ekonomi untuk golongan orang asal di kawasan tersebut?
153) KOS PENYELENGGARAAN KERETA-KERETA RASMI EXCO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini masalah kos penyelenggaraan kereta-kereta rasmi exco telah dibangkitkan. Kos penyelenggaraan untuk kereta-kereta EXCO adalah terlalu mahal. Sila senaraikan nama syarikat-syarikat bengkel kereta yang berkenaan serta butirbutirnya secara terperinci.
-
Adakah pihak ketiga terlibat dalam kes ini? Misalnya pemberian komisen kepada pihak ketiga.
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini?
153) DASAR DAN GARISPANDUAN MENGENAI BAYARAN DIVIDEN OLEH SYARIKAT-SYARIKAT KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Adakah syarikat-syarikat kerajaan telah mengikut peraturan bayaran dividen seperti yang tertakluk dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993?
-
Jika ya, berapakah jumlah bayaran yang telah dikutip sejak tahun 2004?
-
Jika tidak, nyatakan sebab dan penyelesaian yang akan diambil.
153) Masalah Alam Sekitar
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bilakah pencemaran alam sekitar seperti ladang-ladang ayam yang menyebabkan udara busuk serta masalah lalat akan di atas?
-
Bilakah pencemaran udara berpunca daripada pembakaran toksid oleh kilang-kilang haram akan diambil tindakan?
-
Bilakah tindakan segera akan diambil untuk pencemaran parit?
