153) GST
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah GST dikenakan kepada fi peniaga kecil-kecilan?
-
Apakah PBT mempunyai rancangan untuk membantu peniaga-peniaga kecil seperti pasar malam ini untuk tidak dikenakan GST sebagai sebahagian dari CSR kerajaan?
153) CUKAI PINTU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan berniat untuk meningkatkan cukai pintu?
153) Masalah Alam Sekitar
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bilakah pencemaran alam sekitar seperti ladang-ladang ayam yang menyebabkan udara busuk serta masalah lalat akan di atas?
-
Bilakah pencemaran udara berpunca daripada pembakaran toksid oleh kilang-kilang haram akan diambil tindakan?
-
Bilakah tindakan segera akan diambil untuk pencemaran parit?
153) ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan negeri ada menubuhkan Badan bertindak Tanah Orang Asli untuk menjaga kepentingan orang asli di Selangor. Apakah program untuk kemajuan orang asli yang telah dirangka dan dilaksanakan ?
-
Nyatakan jumlah orang asli dan keluasan tanah mereka mengikut daerah ketika ini ?
153) PERUNTUKAN KEPADA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis bantuan kebajikan yang di subsidi oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan senaraikan jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut pecahan daerah bagi tahun 2007-2012
-
Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan jaringan keselamatan sosial (social safety net) untuk membantu mereka yang miskin dan kurang mampu?
-
Apakah insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menggalakkan sektor swasta bekerjasama dan bersama-sama menyumbang dalam membantu golongan miskin dan memerlukan di Negeri Selangor?
153) KAWASAN PERLADANGAN HUTAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lokasi, keluasan kawasan dan jenis perladangan hutan di negeri Selangor?
-
Bagaimanakah ukuran nilai komersil bagi perladangan hutan tersebut?
153) SUMBANGAN ANAK SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah sumbangan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Selangor kepada kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2017 - 2019.
-
Syarikat berkaitan Negeri Selangor yang mana menjadi penyumbang terbesar kepada kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2017-2019?
-
Senaraikan keseluruhan sumbangan syarikat anak Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan CSR tahun 2018-2019.
153) KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI KAWASAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Tumpuan mestilah diberikan dalam masalah penduduk kampung yang memerlukan jalan, longkang, lampu jalan. Masalah ini masih berterusan ini kampung -kampung di Daerah Kuala Selangor ; juga pembinaan titi atau jambatan kecil untuk melintas parit dari jalan raya ke rumah ; usaha-usaha untuk membaik pulih dan menaik taraf dewan-dewan, gelanggang futsal dan badminton supaya ianya akan digunakan oleh penduduk kampung dengan sempurna. Setakat ini berapa jumlah dewan,balai raya,gelanggang futsal dan badminton di Daerah Kuala Selangor ?
-
Berapa yang ada dalam keadaan yang baik ?
-
Bolehkah kerajaan sediakan satu jadual bila program infrastruktur untuk menaik taraf jalan, longkang, titi, lampu jalan akan disiapkan ?
153) CUKAI PINTU TERTUNGGAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah cukai pintu tertunggak dari 2014-2017
-
Nyatakan jumlah penama yang gagal membayar cukai pintu mengikut PBT.
-
Bagaimanakah kaedah Kerajaan Negeri untuk mengutip cukai tertunggak tersebut?
153) PESARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan bagi membantu bekas-bekas anggota pasukan keselamatan yang sudah bersara untuk memulakan kehidupan baru contohnya latihan, bimbingan, tunjuk ajar bantuan kewangan untuk menjadi usahawan?
