153) LANJUTAN PROJEK SEUMPAMA SABDA KE KUALA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Jika di Sabak Bernam diadakan projek khas seperti SABDA, mengapakah di kawasan Tanjong Karang tiada pembangunan khusus sebegitu diadakan?
153) HIJRAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik terkini peminjam HIJRAH Selangor mengikut kaum, umur dan jantina mengikut daerah di Selangor.
-
Nyatakan jumlah peratusan peminjam yang gagal membayar semula pembayaran pinjaman.
153) JABATAN KERJA RAYA BAGI JALAN FT 54 KUALA SELANGOR DARI CALTEX SEHINGGA MASJID AL HUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Bilakah JKR Petaling dapat mewujudkan pembahagi jalan bagi mengelakkan kemalangan akibat kenderaan yang keluar dari Jalan Baie dan yang sering membuat U Turn ?
-
Bilakah simpang Rahidin dapat dijadikan sebagai simpang empat bagi tujuan pengguna ke Masjid Al Huda ?
153) SMART SELANGOR FOOD STAMP
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan rakyat Selangor yang memperolehi faedah daripada Program ÔSmart Selangor Food StampÕ mengikut pecahan kawasan Dewan Negeri.
-
Apakah respon dan permasalahan yang wujud berikutan dengan program ini jika ada?
-
Adakah ianya akan diteruskan pada masa akan datang?
153) KAWALAN HAIWAN TERNAKAN DI KAWASAN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Bolehkah lembu-lembu yang berkeliaran di kawasan bandar diklasifikasikan sebagai lembu liar dan tidak bertuan?
-
Apakah tindakan tegas kepada pemilik lembu yang didapati tidak mengawal haiwan ternakan mereka?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah lembu liar ini?
153) PONDOK TELEFON AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan menyeluruh terhadap pondok-pondok telefon awam yang terbiar?
-
Apakah tanggungjawab yang harus dikenakan terhadap kesemua pemilik pondok telefon awam tersebut?
153) AGIHAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bilakah kerja-kerja ukuran sempadan akan diselesaikan?
153) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Di Negeri Selangor masih terdapat banyak projek perumahan terbengkalai yang masih belum dapat dipulihkan. Berapakah jumlah terkini projek perumahan terbengkalai tersebut?
-
Berapa banyakkah projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan sejak tahun 2008?
-
Bagi projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan tersebut, sila nyatakan :- i) Kaedah yang diguna pakai bagi memulihkannya? ii) Sumber kewangan bagi pemulihannya?
153) PILIHANRAYA PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini cadangan pilihan raya PBT di Selangor?
-
Apakah pendirian terkini Kerajaan Negeri terhadap cadangan ini?
-
Apakah halangan-halangan cadangan ini tidak dapat dilaksanakan?
153) PASAR BESAR KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah punca kelemahan pengurusan dalam menangani peniaga warga asing, keseragaman kutipan sewa tapak dan penyelenggaraan bangunan
-
Penguatkuasaan kesalahan meletak kenderaan di jalan utama masuk dan keluar.
-
Penguatkuasaan syarat lesen dan penyewaan peniaga.
