158) LAPORAN AUDIT YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Yayasan Selangor yang menghadapi masalah dan dakwaan penyelewengan melalui proses audit dan laporannya dikatakan telah siap. Apakah kedudukan laporan audit tersebut?
-
Bilakah laporan tersebut akan didedahkan kepada rakyat Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri bersedia mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab jika wujud bukti penyelewengan?
158) CSR MBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Berapa Jumlah dana digunakan oleh MBI untuk Program CSR setiap Tahun ?
-
Dalam Skop dan bidang apa ?
158) PUSAT HIBURAN, PUSAT SIBER, PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN DAN HOTEL BAJET
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan definisi sebenar Pusat Hiburan, Pusat Siber, Pusat Penjagaan Kesihatan seperti rumah urut dan Hotel Bajet mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
-
Nyatakan jenis-jenis lesen yang dikeluarkan bagi premis-premis perniagaan tersebut beroperasi.
-
Adakah pemegang lesen perniagaan tersebut boleh membuka cawangan di premis lain?
158) MENAIK TARAF SISTEM PERPARITAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi menaik taraf sistem perparitan di Selangor bagi menangani isu banjir?
158) TEMPOH PAJAKAN KEPADA LAFARGE CEMENT PLANT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lot-lot tanah, keluasan tanah dan tempoh pajakan untuk kawasan tanah Lafarge di kawasan Rawang.
-
Apakah undang-undang yang disyaratkan kepada kilang Lafarge untuk menaik tarafkan sistem penapisan dan pemprosesan simen dan kuari supaya tidak menimbulkan pencemaran?
-
Apakah pelan rehabilisasi yang disyaratkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk kawasan kuari yang dipajakkan kepada Lafarge?
158) PELAN PRA-HITUNGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah kampung baru menggunakan pelan pra-hitungan (Pre-Computation Plan)? Jika tidak, nyatakan pelan ukur sedia ada yang diguna pakai?
-
Nyatakan jumlah kawasan kampung baru yang masih belum mempunyai apa- apa pelan ukur mengikut daerah.
158) CUKAI TANAH PEJABAT DAERAH NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah cukai tanah tertunggak seluruh Negeri Selangor mengikut daerah sehingga kini.
-
Nyatakan prestasi kutipan cukai tanah mengikut daerah
158) PENCEROBOHAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan pencerobohan tanah milik Kerajaan yang berjaya diselesaikan?
-
Apakah bentuk tindakan/hukuman dikenakan ke atas penceroboh?
-
Apakah halangan bagi tindakan segera dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas kesalahan pencerobohan?
158) HORAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Mohon nyatakan tentang projek HORAS.
158) PRESTASI KEWANGAN SEMASA UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi pendapatan dan perbelanjaan UNISEL pada tahun 2015 dan 2016?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pendapatan UNISEL pada tahun 2017?
