157) DANA PEMBANGUNAN KAMPUNG-KAMPUNG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dana yang telah disalurkan ke kampung-kampung baru sejak 2013-2018?
-
Pembangunan bagaimanakah dana itu disalurkan?
157) PEMBAIKAN JALAN-JALAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukkan pembaikan jalan yang disediakan untuk Daerah Kuala Langat melalui Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Kuala Langat?
-
Bagaimanakah perlaksanaan kerja-kerja tersebut di jalankan secara undian atau sebut harga?
-
Siapakah yang bertanggungjawab ke atas kualiti dan perakuan kerja-kerja tersebut. Pegawai, Ketua Kampung atau Ahli Majlis?
157) INSINERATOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pendirian kerajaan Selangor sama ada penggunaan insinerator adalah satu perancangan untuk mengendalikan sisa pepejal di dalam negeri ini
157) PEMBANGUNAN PEKAN SUNGAI AIR TAWAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memajukan kawasan Pekan Sungai Air Tawar sebagai pusat ekonomi di bawah skim Smart Selangor seperti Pekan Bagan Terap?
-
Nyatakan anggaran peruntukan yang akan diperuntukkan untuk pembangunan tersebut.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan proses pengambilan semula tanah atau memajukan kawasan tanah kerajaan sedia ada?
157) INVENTORI ASET NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah status cadangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan inventori aset-aset negeri untuk mengetahui nilai sebenar aset dan pemilikan Kerajaan Negeri bagi tujuan meningkatkan produktiviti?
157) KOMPAUN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kompaun yang telah di keluarkan oleh PBT masing-masing sejak tahun 2013.
-
Nyatakan jumlah hasil yang telah di kutip daripada kompaun tersebut mengikut PBT masing-masing.
-
Nyatakan jumlah kompaun yang masih belum dibayar dan apakah tindakan lanjutan yang akan diambil.
157) PROGRAM SPIES
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini mengenai program SPIES dan berapa peratuskah program ini membantu menangani masalah pekerja yang dibuang/diberhentikan akibat masalah ekonomi global?
-
Apakah bentuk program yang dibangunkan secara usaha sama dengan agensi-agensi pekerjaan tertentu bagi membangunkan program modal insan selain dari bantuan mendapatkan pekerjaan baru? (penekanan kepada aspek kemahiran / bidang kritikal)
-
Berapa banyakkah syarikat-syarikat GLC / agensi-agensi yang terlibat dan sumbangan mereka di dalam menjayakan program SPIES ini?
157) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini PWB seperti yang dijanjikan untuk diberi elaun kepada pengurus di setiap DUN
-
Masih terdapat DUN yang tiada PWB. Apakah masalahnya
-
Nyatakan PWB DUN manakah yang boleh dijadikan ikon untuk PWB yang lain.
157) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Geran Selangorku yang telah dilulus mengikut kategori
-
Sila kategorikan jumlah Geran Selangorku yang dilulus mengikut DUN.
-
Di antara Geran Selangorku yang dilulus berapakah projek telah dilaksanakan dan berapakah telah siap
157) KEDAI JUAL ARAK HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan kedai jual arak haram di Selangor yang telah diambil tindakan mengikut PBT?
-
Senaraikan jenis tindakan yang diambil sama ada pembatalan lesen, dan sebagainya.
