158) LAPORAN AUDIT YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Yayasan Selangor yang menghadapi masalah dan dakwaan penyelewengan melalui proses audit dan laporannya dikatakan telah siap. Apakah kedudukan laporan audit tersebut?
-
Bilakah laporan tersebut akan didedahkan kepada rakyat Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri bersedia mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab jika wujud bukti penyelewengan?
158) CSR MBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Berapa Jumlah dana digunakan oleh MBI untuk Program CSR setiap Tahun ?
-
Dalam Skop dan bidang apa ?
158) PUSAT HIBURAN, PUSAT SIBER, PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN DAN HOTEL BAJET
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan definisi sebenar Pusat Hiburan, Pusat Siber, Pusat Penjagaan Kesihatan seperti rumah urut dan Hotel Bajet mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
-
Nyatakan jenis-jenis lesen yang dikeluarkan bagi premis-premis perniagaan tersebut beroperasi.
-
Adakah pemegang lesen perniagaan tersebut boleh membuka cawangan di premis lain?
158) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memohon kerajaan memberi senarai program berstruktur yang telah dijalankan oleh Pusat Wanita Berdaya (PWB) sepanjang tahun 2015 dengan memberikan nama program, bilangan peserta, tarikh dan tempat program tersebut serta setiap satu perbelanjaannya.
158) MENAIK TARAF SISTEM PERPARITAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi menaik taraf sistem perparitan di Selangor bagi menangani isu banjir?
158) PENINGKATAN HASIL PESAWAH PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membantu pesawah padi meningkatkan mutu & hasil pendapatan mereka?
-
Perincikan bentuk bantuan yang telah disalurkan kepada pesawah padi sepanjang tahun 2013 sehingga suku terakhir 2014 & sila nyatakan jumlahnya mengikut kawasan yang terlibat?
158) PELAN PRA-HITUNGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah kampung baru menggunakan pelan pra-hitungan (Pre-Computation Plan)? Jika tidak, nyatakan pelan ukur sedia ada yang diguna pakai?
-
Nyatakan jumlah kawasan kampung baru yang masih belum mempunyai apa- apa pelan ukur mengikut daerah.
158) SETTLEMENT OFFICER (S.O)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan pegawai S.O sedia ada, bilangan S.O yang ideal berbanding bilangan transaksi tanah mengikut pecahan daerah bagi memastikan permohonan tanah dijalankan dengan cepat dan effisien
-
Apakah S.O.P dan kekerapan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Tanah bagi pemprosesan permohonan tanah mengikut pecahan daerah?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan bilangan S.O adalah mencukupi di setiap daerah bagi memastikan pemprosesan tanah yang cepat mengikut tempoh yang ditetapkan?
158) HORAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Mohon nyatakan tentang projek HORAS.
158) CUKAI TANAH PEJABAT DAERAH NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah cukai tanah tertunggak seluruh Negeri Selangor mengikut daerah sehingga kini.
-
Nyatakan prestasi kutipan cukai tanah mengikut daerah
