162) KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua projek usahasama KHSB dengan syarikat lain dan bekalkan maklumat terperinci.
-
Sila senaraikan aset yang dimiliki oleh KHSB.
162) PERKEMBANGAN STADIUM MINI DAN KOMPLEKS PASAR MODEN PAYA JARAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini bagi kedua-dua projek yang dicadangkan itu?
-
Bilakah dijangka akan dimulakan proses membangunkan projek tersebut?
162) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri melalui PBT bercadang untuk menerokai teknologi baru pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif dan mesra alam ?
162) PEMBERIAN TANAH KEPADA ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah tanah Kerajaan Negeri yang telah diberikan kepada Anak- anak syarikat (GLC) Kerajaan Negeri?
-
Nyatakan Anak syarikat yang paling banyak menerima tanah daripada Kerajaan Negeri.
162) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2021
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan tentang tahun melawat Selangor 2021 memandangkan telahnya berlaku COVID-19 pada tahun ini dan mengakibatkan kemelesetan bidang pelancongan?
162) BAHU JALAN RENDAH – JABATAN KERJA RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Mengapa jalan-jalan negeri yang telah diturap semula dengan premix, dibiarkan bahu jalannya rendah?
-
Apakah tiada peruntukan yang disediakan untuk bina semula bahu jalan selepas di premix semula jalan berkenaan?
162) KURSUS PERKAHWINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peserta yang mengikuti program kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor selepas menamatkan Insentif Perkahwinan Belia.
-
Senaraikan program kursus perkahwinan tersebut mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri
162) LESEN PUSAT SIBER
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah lesen dan jenis pusat siber terkini yang dikeluarkan dan nyatakan maklumat syarikat pemegang lesen tersebut mengikut PBT
-
Apakah syarat-syarat penting yang mesti diikuti oleh pemegang lesen-lesen tersebut?
162) PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL SEDERHANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sediakan tapak IKS di setiap DUN sejak tahun 2013?
-
Sila kemukakan senarai lengkap lokasi tapak IKS di Selangor
-
Apakah insentif atau kemudahan yang dibekalkan oleh Kerajaan Selangor untuk pembangunan IKS?
162) PRESTASI KEWANGAN YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan YAWAS yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari tahun 2014-2016
-
Nyatakan tahun dan prestasi kewangan yang terbaik dan terburuk sepanjang penubuhan YAWAS.
