162) PERKEMBANGAN STADIUM MINI DAN KOMPLEKS PASAR MODEN PAYA JARAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini bagi kedua-dua projek yang dicadangkan itu?
-
Bilakah dijangka akan dimulakan proses membangunkan projek tersebut?
162) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pelajar bagi tahun 2010 dan 2011.
-
Berapa ramaikah tenaga pengajar dan apakah terdapat kekurangan tenaga pengajar di UNISEL?
162) KEMISKINAN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Demi menjayakan visi Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor, segala program pembasmian kemiskinan harus capai pada kumpulan sasaran yang betul. Kumpulan sasaran hanya dapat dikenal pasti jika Kerajaan Negeri mempunyai maklumat jitu mengenai kadar kemiskinan dan lokasi warga berpendapatan rendah. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengumpul data yang jitu ,agar tidak berlakunya pertindihan dan perlaksanaan kerja berulang kali oleh bahagian-bahagian yang berlainan dalam Kerajaan Negeri apabila mengimplementasikan aktiviti mereka
-
Data yang diperolehi oleh Pihak Berkuasa Tempatan semasa menyelaraskan permohonan perumahan rakyat (PPR),adalah amat penting memberikan gambaran sebenar bilangan keluarga miskin bandar. Apakah langkah Kerajaan untuk mengunakan data yang sedia ada ini untuk terus menyalurkan bantuan kebajikan Kerajaan Negeri,tanpa mengulang proses pengumpulan data
162) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah sumbangan dan tajuk program oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor mengikut DUN sepanjang tahun 2018-2019?
-
Nyatakan sumbangan mengikut syarikat GLC pada tahun 2018-2019.
162) BAHU JALAN RENDAH – JABATAN KERJA RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Mengapa jalan-jalan negeri yang telah diturap semula dengan premix, dibiarkan bahu jalannya rendah?
-
Apakah tiada peruntukan yang disediakan untuk bina semula bahu jalan selepas di premix semula jalan berkenaan?
162) PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL SEDERHANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sediakan tapak IKS di setiap DUN sejak tahun 2013?
-
Sila kemukakan senarai lengkap lokasi tapak IKS di Selangor
-
Apakah insentif atau kemudahan yang dibekalkan oleh Kerajaan Selangor untuk pembangunan IKS?
162) SURAT HAK MILIK TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Untuk makluman, penduduk di Bandar Sungai Buaya sehingga kini rumah yang mereka duduki masih lagi belum mendapat hak milik individu walaupun mereka telah menetap hampir 20 tahun. Apakah usaha usaha atau inisiatif dari pihak Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah ini?
162) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana baki peruntukan yang tidak habis diguna bagi kewangan tahunan?
-
Berapakah peruntukan program yang telah dibelanjakan? Senaraikan setiap DUN.
-
Berapakah had bagi setiap penyelia mengeluarkan peruntukan tersebut? Nyatakan.
162) DADAH. PENYALAHGUNAAN DADAH MERUPAKAN MUSUH UTAMA NEGARA YANG MENGHANCURKAN MASYARAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik terkini penyalahgunaan dadah.
-
Apakah statistik jumlah serbuan dan nilai rampasan dadah di Selangor ?
-
Apakah inisiatif negeri bersama agensi Persekutuan untuk membendung masalah dadah ?
162) MENANGANI WABAK DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Dasar dan pelan tindakan Kerajaan Negeri secara terperinci dalam menangani wabak denggi yang semakin meruncing tatkala Selangor mencatatkan kes denggi tertinggi di Malaysia.
