161) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA ( SELANGORKU )
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Perkhidmatan tersebut hanya tertumpu di kawasan bandar halus diperluaskan ke kawasan luar bandar untuk memudahkan orang awan berulang-alik ke PBT/ Pejabat Tanah & Daerah. Apakah pandangan Kerajaan Negeri Selangor dan tindakan seterusnya?
161) CUTI BERSALIN 90 HARI BAGI WANITA BEKERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Bilakah perkara ini akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri?
-
Apakah pelaksanaan ini diberi kepada kakitangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor sahaja atau semua rakyat yang bekerja di Negeri Selangor?
-
Enakmen mana yang diguna pakai untuk melaksanakan perkara ini bagi meliputi semua rakyat di Negeri Selangor?
161) HADIAH PENGAJIAN IPT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peserta yang mendapat manfaat?
-
Apakah syarat-syarat pendapatan isi rumah yang melebihi RM3000.00 sekiranya mempunyai tanggungan yang ramai?
161) PERUMAHAN (MASALAH PERUMAHAN TERBENGKALAI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Kebelakangan ini terdapat terlalu banyak projek perumahan yang terbengkalai di dalam negeri Selangor. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemaju-pemaju perumahan yang terlibat supaya hak dan kepentingan pembeli-pembeli rumah projek terbengkalai ini terpelihara.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk membantu pembelipembeli rumah di projek terbengkalai di negeri Selangor ini
-
Berapakah jumlah bilangan projek-projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh negeri Selangor sehingga kini.
161) KEBAJIKAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan satu senarai lengkap program / permohonan kebajikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor kepada rakyat Selangor serta syarat-syarat kelayakan.
-
Apakah sebab Kerajaan Selangor masih tidak dapat memberi hadiah hari lahir kepada setiap warga emas Selangor setiap tahun yang telah diumumkan sebelum ini?
161) KES JENAYAH JUVANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kes jenayah juvana yang melibatkan golongan remaja?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani masalah ini?
161) STATUS TANAH TAPAK KLINIK DESA KG BUDIMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah masalah hingga binaan baru gagal dibina semula?
-
Adakah tanah gantian dan bagaimana status tapak lama?
-
Bila binaan baru akan bermula?
161) DEIG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan perkembangan terkini aktiviti perniagaan dan pelaburan DEIG
-
Senaraikan semua anak syarikat DEIG, serta pengarahnya
-
Adakah DEIG atau mana-mana anak syarikatnya dibenarkan mengambil pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan?
162) PERCAMBAHAN RUMAH URUT DAN PUSAT PERMAINAN VIDEO
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Masalah sosial ini terus membelenggu penduduk negeri ini. Walau pun masalah yang dihadapi ini telah wujud sejak dahulu lagi, namun usaha untuk membanteras atau menghapuskannya telah dijalankan secara agresif. Namun demikian, sejak kebelakangan ini masalah tersebut nampaknya seperti tidak dapat ditangani lagi. Sekiranya tiada tindakan yang agresif diambil, masalah ini akan terus menghantui penduduk negeri ini. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah sosial ini?
-
Adakah disebabkan keadaan ekonomi global yang tenat menyebabkan Kerajaan Negeri mengambil sikap yang liberal dalam hal ini?
162) PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL SEDERHANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sediakan tapak IKS di setiap DUN sejak tahun 2013?
-
Sila kemukakan senarai lengkap lokasi tapak IKS di Selangor
-
Apakah insentif atau kemudahan yang dibekalkan oleh Kerajaan Selangor untuk pembangunan IKS?
