161) MASALAH PENCEMARAN AIR SUNGAI SEMENYIH BERULANG- ULANG DAN MENGAKIBATKAN PENUTUPAN PUSAT RAWATAN AIR DI SUNGAI SEMENYIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis-jenis industri disepanjang Sungai Semenyih yang berpotensi untuk mencemarkan air sungai
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menutup dan memindahkan kilang yang beroperasi mencemarkan air Sungai Semenyih
-
tindakan Kerajaan untuk mengawal kilang-kilang yang beroperasi mencemarkan sungai di seluruh Selangor
161) PERUMAHAN (MASALAH PERUMAHAN TERBENGKALAI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Kebelakangan ini terdapat terlalu banyak projek perumahan yang terbengkalai di dalam negeri Selangor. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemaju-pemaju perumahan yang terlibat supaya hak dan kepentingan pembeli-pembeli rumah projek terbengkalai ini terpelihara.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk membantu pembelipembeli rumah di projek terbengkalai di negeri Selangor ini
-
Berapakah jumlah bilangan projek-projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh negeri Selangor sehingga kini.
161) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap masalah kegagalan pemaju untuk menawarkan rumah kepada pemohon yang telah menerima surat tawaran LPHS?
-
Nyatakan jumlah permohonan mengikut setiap projek rumah mampu milik di negeri Selangor.
-
Senaraikan jumlah pemohon yang telah berjaya menerima tawaran LPHS mengikut kaum.
161) WABAK DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik kes demam Denggi mengikut daerah bagi tahun 2020.
-
Apakah program sepanjang tahun 2020 yang telah dilakukan demi membasmi masalah wabak Denggi?
161) SELANGOR DESTINASI PELABURAN UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan Negeri dalam memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa Selangor merupakan destinasi pelaburan yang kondusif?
-
Bagaimanakah prestasi semasa Selangor sebagai destinasi pelaburan utama Malaysia?
161) PRESTASI PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan nilai pelaburan diterima dengan pecahan mengikut tahun dari 2008- 2013?
-
Nyatakan jumlah pelaburan diterima mengikut daerah dan kawasan industri dari 2008-2013?
-
Apakah strategi untuk meningkatkan pelaburan pada tahun 2014?
161) SAMAN DI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kutipan saman yang diperolehi mengikut kategori kesalahan?
-
Berapakah jumlah bayaran balik kepada pihak Suasa Efektif bagi kesalahan pakir sepanjang tahun 2013, 2014 dan dari Januari hingga Jun 2015?
161) INFRASTRUKTUR KILANG DI DALAM KAWASAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Terdapat pembinaan kilang-kilang di dalam kawasan kampung-kampung khususnya di Pelabuhan Klang yang mana kemudahan jalan raya tersebut telah digunakan bersama oleh kedua-dua belah pihak. Sedia maklum bahawa jalan raya yang terdapat di dalam kawasan kampung-kampung tidak dapat menampung beban berat kenderaan yang membawa muatan sehingga mencecah ke 60 ton atau lebih. Ini menyebabkan jalan raya tersebut akan mudah rosak serta pecah. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani serta menyelesaikan permasalahan tersebut?
-
Tiadakah penguatkuasaan undang-undang yang membolehkan penggunaan jalan raya tersebut mengikut had limit berat sesuatu jalan raya?
161) TANAH DI JETI 7A
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah keputusan kerajaan Negeri Selangor tentang pengambilan tanah di jeti 7A untuk dijadikan jeti kekal penduduk di Sg. Lima dan Pulau Ketam ?
-
Bilakah projek ini dapat dilaksanakan dan berapa kos untuk projek ini ?
-
Berapa jumlah pampasan untuk tujuan pengambilan tanah ?
161) PERMOHONAN TANAH KUIL SIVAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan kronologi permohonan tanah Kuil Sivan yang terletak di Bukit Gasing, Seksyen 5, Petaling Jaya.
