162) KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua projek usahasama KHSB dengan syarikat lain dan bekalkan maklumat terperinci.
-
Sila senaraikan aset yang dimiliki oleh KHSB.
162) PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan bilamana lambakan buah-buahan tempatan seperti rambutan yang di tanam oleh orang ramai terutama di kawasan luar bandar tidak dapat dijual atau terbiar busuk begitu sahaja disebabkan permintaan yang kurang?
162) STANCO PENDIDIKAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Siapakah adalah ahli-ahli Stanco yang menjaga portfolio pendidikan Selangor?
-
Apakah polisi yang telah digubal oleh Stanco pendidikan kerajaan negeri?
-
Apakah kriteria untuk melantik ahli-ahli Stanco tersebut?
162) MANFAAT PROGRAM STEM SEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian program STEM SEL pada tahun 2015?
-
Nyatakan secara terperinci kandungan program STEM SEL?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut?
162) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri melalui PBT bercadang untuk menerokai teknologi baru pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif dan mesra alam ?
162) PEMBERIAN TANAH KEPADA ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah tanah Kerajaan Negeri yang telah diberikan kepada Anak- anak syarikat (GLC) Kerajaan Negeri?
-
Nyatakan Anak syarikat yang paling banyak menerima tanah daripada Kerajaan Negeri.
162) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pelajar bagi tahun 2010 dan 2011.
-
Berapa ramaikah tenaga pengajar dan apakah terdapat kekurangan tenaga pengajar di UNISEL?
162) Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sejak Mac 2020, berapa kali wakil Jabatan, Agensi dan Kerajaan Negeri Selangor telah dijemput berbincang tentang projek ECRL bersama wakil Kerajaan Persekutuan.
-
Apa pendapat Kerajaan Negeri tentang cadangan Kerajaan Persekutuan untuk berubah jajaran ECRL.
162) PERCAMBAHAN RUMAH URUT DAN PUSAT PERMAINAN VIDEO
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Masalah sosial ini terus membelenggu penduduk negeri ini. Walau pun masalah yang dihadapi ini telah wujud sejak dahulu lagi, namun usaha untuk membanteras atau menghapuskannya telah dijalankan secara agresif. Namun demikian, sejak kebelakangan ini masalah tersebut nampaknya seperti tidak dapat ditangani lagi. Sekiranya tiada tindakan yang agresif diambil, masalah ini akan terus menghantui penduduk negeri ini. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah sosial ini?
-
Adakah disebabkan keadaan ekonomi global yang tenat menyebabkan Kerajaan Negeri mengambil sikap yang liberal dalam hal ini?
162) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah sumbangan dan tajuk program oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor mengikut DUN sepanjang tahun 2018-2019?
-
Nyatakan sumbangan mengikut syarikat GLC pada tahun 2018-2019.
