163) PROJEK STORM WATER
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini projek Storm Water kerajaan negeri Selangor yang memperuntukkan RM100 Juta belanjawan untuknya tahun ini bagi kesejahteraan rakyat negeri Selangor?
-
Bilakah ianya dijangka akan siap sepenuhnya dan digunakan?
-
Berapa banyak jangkaan rizab air terawat Selangor akan bertambah sekiranya projek ini beroperasi sepenuhnya?
163) HAMPER ORANG MISKIN UNTUK PERAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan dan jenis barang-barang yang dibeli kerajaan serta harga keseluruhan dan syarikat pembekalnya untuk setiap perayaan setiap tahun sejak 2008.
-
Terangkan secara ringkas proses perolehannya dan apakah pekeliling perbendaharaan yang perlu dipatuhi dalam proses ini.
163) PUSAT JAGAAN WARGA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah Pusat-pusat Jagaan Warga Emas yang beroperasi seluruh Selangor berdaftar dan memenuhi piawaian yang ditetapkan?
-
Senaraikan bilangan pusat yang sedia ada mengikut daerah.
-
Nyatakan pelan jangka panjang negeri Selangor berkaitan pembangunan pusat jagaan bagi warga emas di Selangor
163) TAHUN MELAWAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan pelan tindakan untuk pelancongan bagi menghadapi Tahun Melawat Selangor 2021.
-
Senaraikan projek baru atau baik pulih bagi infrastruktur pembangunan yang akan dilakukan bagi tujuan mencantikkan kawasan pelancongan.
163) CAJ PARKIR KENDERAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah kandungan terperinci dalam perjanjian caj parkir kenderaan yang terikat dengan Syarikat Suasa Efektif Sdn Bhd bersama PBT dalam Selangor?
163) LOJI RAWATAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini cadangan pembinaan dua loji rawatan air yang baru di Kuala Langat dan Semenyih.
-
Nyatakan jumlah tangki air yang terbengkalai dan perancangan untuk membaik pulihnya.
-
Nyatakan status terkini mengenai penggunaan semula tangki yang terbengkalai di Taman Bukit Belimbing.
163) BENIH KELAPA MATAG
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah benar benih kelapa matag sukar diperolehi sekarang ini?
-
Jika benar, bagaimana program tanaman semula kelapa hendak dilaksanakan?
-
Apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?
163) TABUNG ANAK WARISAN SELANGOR (TAWAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah bayi sasaran dan juga jumlah bayi yang berjaya didaftarkan di bawah Tabung Anak Warisan Selangor daripada tahun 2008-2010 ?
-
Senaraikan jumlah peruntukan kerajaan negeri yang digunakan untuk skim TAWAS daripada tahun 2008-2010
-
Senaraikan aktiviti yang telah dan akan dijalankan untuk bayi yang berjaya didaftarkan daripada tahun 2008-2010 mengikut pecahan daerah.
163) SOP PEMULIHARAAN EMPANGAN KLANG GATE
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Keadaan sungai yang mengalir dari Empangan Klang Gate buat masa ini kelihatan kotor, berlumut, dahan-dahan pokok jatuh ke dalam sungai. Apakah peranan dan SOP setiap pihak yang ditugaskan untuk menguruselia kawasan tersebut?
163) KEMISKINAN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan atau dasar baru Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kemiskinan bandar di negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah terkini penduduk miskin bandar bagi tahun 2014?
-
Nyatakan julat pendapatan isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin bandar?
