163) ASET MILIK YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan masa hadapan ke atas aset-aset milik Yayasan Selangor yang bernilai tinggi di Bukit Bintang, Kampung Baru dan Petaling Jaya.
163) BANTUAN KEWANGAN KEPADA MASJID DAN SURAU DUN MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah bantuan yang telah dikeluarkan kepada surau dan masjid di DUN Meru?
-
Senaraikan bentuk bantuan mengikut setiap surau dan masjid di DUN Meru?
-
Apakah bantuan yang sesuai yang boleh diberikan kepada surau dan masjid yang tidak mempunyai kewangan yang baik dan kukuh?
163) SAMBUTAN KEMERDEKAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Sambutan kemerdekaan Malaysia di negeri Selangor tidak melibatkan DYMM Sultan Selangor. Mengapakah sambutan kemerdekaan ini tidak melibatkan DYMM Sultan Selangor?
-
Siapakah yang menentukan protokol dan atur cara sambutan?
-
Apakah rasional Penasihat Ekonomi Selangor berucap dalam sambutan tersebut?
163) PROJEK PADANG CERGAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Projek Padang Cergas dimulakan? Senaraikan bilangan projek yang telah dilaksanakan mengikut DUN
163) BANJIR KILAT DI TAMAN SRI NANDING DAN SEBAHAGIAN KAWASAN PEKAN BATU 14 HULU LANGAT (HADAPAN KAMPUNG PAK CHAT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan negeri atau PBT untuk menangani masalah banjir di kawasan tersebut ?
163) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah SRA yang terdapat di Selangor mengikut daerah.
-
Nyatakan jenis bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri kepada SRA.
-
Nyatakan jumlah peruntukan kepada SRA dari 2014-2016.
163) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menangani masalah pengurusan sisa pepejal yang meruncing dan juga pembersihan awam di semua pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
-
Nyatakan status prosiding mahkamah di antara Kerajaan Negeri dan Alam Flora Sdn Bhd?
163) LAPORAN AUDIT NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan teguran dalam laporan audit negara tahun 2014 bagi jabatan/agensi dan anak syarikat negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi menyelesaikan teguran tersebut?
163) Tukang Masak Warga Asing
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan Selangor akan melaksanakan dasar melarang tukang masak warga asing di semua restoran dan warung di dalam Selangor?
-
Jika ya, nyatakan jangka masa yang mula pelaksanaan.
-
Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
163) PERLOMBONGAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang digunakan untuk mencegah perlombongan pasir tanpa kebenaran?
-
Apakah status kewangan Kumpulan Semester Sdn Bhd(KSSB) dalam industri penyelenggaraan perlombongan pasir sejak penubuhannya?
-
Berapakah jumlah kebocoran dan kerugian yang ditanggung oleh kerajaan akibat daripada perlombongan pasir tanpa kebenaran sejak 2008?
