164) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini program-program PeBT?
-
Apakah sumbangan PeBT yang memberi impak kepada pembangunan belia dan masyarakat hari ini?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan sepanjang kewujudan PeBT?
164) KAD PEDULI SIHAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah penerima kad peduli sihat mengikut DUN.
-
Nyatakan kriteria utama pemohon yang dipilih di dalam kawasan DUN yang mempunyai senarai pemohon yang ramai dalam satu DUN tersebut.
164) SUMBANGAN CSR PEMAJU KAWASAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah sumbangan pemaju dalam bantuan CSR di dalam kawasan DUN?
164) KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah orang miskin yang terdapat di Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan dan juga yang bakal dilaksanakan untuk memberi bantuan kepada orang miskin ini?
164) KURSUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menawarkan kursus kepada wakil rakyat, ahli majlis, ketua kampung atau ketua komuniti?
-
Apakah program/ kursus yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri untuk perkara 10 (a) tersebut berserta jadual pelaksanaan?
164) NAIK TARAF MAJLIS PERBANDARAN KLANG KEPADA MAJLIS BANDARAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf Majlis Perbandaran Klang kepada taraf Majlis Bandaraya sesuai dengan status Bandar Klang sebuah Bandar DiRaja?
164) TAPAK KEJADIAN PEMBUNUHAN HENRY GURNEY DI SELEKOH BUKIT FRASER
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status permohonan peruntukan Kementerian Pelancongan untuk mewujudkan tempat letak kereta yang berdekatan dengan tapak kejadian pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney di selekoh Bukit Fraser bagi memudahkan orang ramai dan pelancong luar bersinggah.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menambah monumen bersejarah untuk menyingkap kembali tragedi berdarah di selekoh Bukit Fraser yang merupakan tapak kejadian pembunuhan Henry Gurney? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
164) KES JENAYAH/JUVANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik jenayah juvana/pelajar mengikut daerah di negeri Selangor?
-
Apakah tindakan yang di ambil oleh kerajaan dalam menangani masalah jenayah di kalangan pelajar/juvana?
-
Apakah perancangan yang diambil bagi mengurangkan kes jenayah juvana?
164) DE PALMA MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD. (DPMS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
DPMS merupakan syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menawarkan perkhidmatan penginapan. Nyatakan prestasi keuntungan DPMS pada tahun 2008 hingga 2013?
-
Nyatakan jumlah aset yang dimilik oleh DPMS?
-
Sejauh manakah DPMS membantu sektor pelancongan di negeri Selangor?
164) PTRS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status terkini Program Tuisyen Rakyat Selangor.
