164) TANAH UNTUK SEKOLAH TAMIL DAN SEKOLAH CHINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sila sebutkan tanah yang telah diperuntukkan kepada sekolah-sekolah tersebut?
164) PEMULIHARAAN PANTAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah langkah-langkah telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memulihkan semula kawasan pantai dengan menanam pokok-pokok bakau?
-
Sila nyatakan jumlah keluasan kawasan pantai yang telah dipulihkan semula dengan tanaman bakau mengikut daerah?
164) PROGRAM CERIA (MENGECAT SEMULA FLAT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan pangsapuri-pangsapuri yang telah diluluskan untuk Program Ceria (mengecat semula flat) mengikut pecahan PBT daripada tahun permulaan program ini sehingga Jun 2012.
-
Senaraikan jumlah nilai peruntukan yang digunakan untuk Program Ceria- mengecat semula flat mengikut pangsapuri-pangsapuri yang telah diluluskan dan pecahan PBT sejak tahun mulanya program ini sehingga Jun 2012.
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah flat kos rendah yang tidak dapat membentuk JMB untuk menguruskan pentadbiran flat?
164) BAS SMART SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kos perbelanjaan Bas Smart Selangorku dalam kawasan DUN Semenyih bagi tahun 2018-2020.
164) KURSUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menawarkan kursus kepada wakil rakyat, ahli majlis, ketua kampung atau ketua komuniti?
-
Apakah program/ kursus yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri untuk perkara 10 (a) tersebut berserta jadual pelaksanaan?
164) TAPAK KEJADIAN PEMBUNUHAN HENRY GURNEY DI SELEKOH BUKIT FRASER
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status permohonan peruntukan Kementerian Pelancongan untuk mewujudkan tempat letak kereta yang berdekatan dengan tapak kejadian pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney di selekoh Bukit Fraser bagi memudahkan orang ramai dan pelancong luar bersinggah.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menambah monumen bersejarah untuk menyingkap kembali tragedi berdarah di selekoh Bukit Fraser yang merupakan tapak kejadian pembunuhan Henry Gurney? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
164) ANGGARAN CUKAI HIBURAN 2010
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi kutipan hasil tersebut?
-
Jika kutipan tidak menepati anggaran disemak, berapa banyak dan berapa peratuskahnkekurangan tersebut?
-
Apakah pecahan-pecahan bagi cukai-cukai hiburan tersebut?
164) DE PALMA MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD. (DPMS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
DPMS merupakan syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menawarkan perkhidmatan penginapan. Nyatakan prestasi keuntungan DPMS pada tahun 2008 hingga 2013?
-
Nyatakan jumlah aset yang dimilik oleh DPMS?
-
Sejauh manakah DPMS membantu sektor pelancongan di negeri Selangor?
164) MENGHADAPI KRISIS EKONOMI – PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang sedang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menghadapi situasi ekonomi global khususnya dalam pembangunan usahawan?
-
Apakah bentuk-bentuk bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri kepada usahawan yang ingin memulakan sesuatu perniagaan?
-
Apakah insentif yang boleh ditawarkan kepada peniaga dan pengilang yang sedang menghadapi masalah berikutan kegawatan ekonomi ini?
164) Skim Peduli Sihat Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mahu mengekalkan orang bujang sebagai penerima manafaat Skim Peduli Sihat sedangkan mereka masih sihat, muda dan tiada tanggungan dan menyerahkan kouta ini kepada warga emas yang lebih memerlukan bantuan kesihatan.
