167) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah status penggunaan Geran Selangorku mengikut kategori yang ditetapkan? Senaraikan dengan terperinci
167) KADAR DENDA CUKAI TAKSIRAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
PBT meningkatkan kadar denda sebanyak 5 kali ganda ke atas pembayar cukai taksiran yang lewat membuat pembayaran. Adakah kenaikan kadar denda lewat cukai taksiran tahunan dapat membantu kewangan kerajaan dan berapa kutipan denda lewat bagi tahun 2009 ?
-
Adakah benar syarikat gergasi dapat menikmati potongan istimewa ?
167) BANTUAN KEPADA GOLONGAN PEMANDU-PEMANDU TEKSI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai apa-apa perancangan khas untuk membantu golongan pemandu-pemandu Teksi di dalam Negeri Selangor pada masa kini?
-
Sekiranya ada, apakah rangka bentuk rancangan-rancangan yang bakal atau sedang dijalankan bagi membantu golongan pemandu-pemandu teksi tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor ada membantu dalam apa jua cara sekalipun golongan pemandu-pemandu teksi di Negeri Selangor ini?
167) MASALAH PENDAPATAN PETANI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapakah purata pendapatan petani Negeri Selangor mengikut bidang pertanian seperti penanam kelapa sawit, penanam padi, sayur-sayuran dan nelayan?
-
Apakah langkah Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan petani dan nelayan?
-
Berapakah peruntukan disediakan untuk program ini?
167) ÔMODERN PIG FARMINGÕ DI TUMBUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini bagi ÔModern Pig FarmingÕ di Tumbuk?
167) PENDIDIKAN PERCUMA IPT DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri mencadangkan pendidikan percuma di IPT adakah cadangan ini munasabah?
-
Jika ya, kenapa dan mengapa Kerajaan Negeri tidak menyediakan pendidikan percuma di IPT yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor?
-
Adakah cadangan pendidikan percuma ini hanya merupakan retorik politik Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri sahaja?
167) TANAH-TANAH MILIK KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan terhadap peniaga-peniaga yang telah membuat keuntungan peribadi di atas tanah-tanah kerajaan tersebut?
-
Mengapa tidak diberikan kebenaran sementara (lesen) supaya kerajaan dapat mengenakan cukai terhadap mereka?
167) PELANTIKAN AHLI MAJLIS KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah tempat kosong Ahli Majlis yang belum diisi sehingga hari ini?
-
Apakah sebab calon ahli majlis seperti Dr Abdul Aziz belum terima surat watikah dilantik sebagai ahli majlis?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Selangor untuk zon-zon yang belum ada ahli majlis sehingga masa kini?
167) Penyelarasan Garis Kemiskinan Baru
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah pemberian Bantuan Am Negeri oleh JKM akan diselaraskan dengan garis kemiskinan yang baru?
-
Berapakah bilangan pemohon baru yang dianggarkan layak untuk Bantuan Am Negeri dengan ini?
167) PERLANTIKAN KONTRAKTOR-KONTRAKTOR PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MBPJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memohon kerajaan memberi penerangan terperinci bagaimana MBPJ mempakej tender, kontrak dan sebutharga pengurusan sisa pepejal dan lampirkan Salinan contoh kontrak berkenaan.
-
Tertakluk di bawah Kerajaan Negeri Selangor.Berapa ramai kontraktor yang telah diberhentikan dan tidak disambung sejak 2010?
