168) DASAR MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor dalam merealisasikan dasar merakyatkan ekonomi Selangor?
-
Berapakah jumlah bantuan atau peruntukan yang diterima rakyat khususnya di bawah dasar ini mengikut DUN?
168) HAD UMUR BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mengikut taraf had umur belia yang diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia iaitu belia dikira berumur bawah 30 tahun?
168) TANAMAN KELAPA
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedar terdapat banyak kawasan pekebun kecil tanaman kelapa yang telah tua dan tidak produktif lagi ?
-
Jika sedar berapakah keluasan kawasan terlibat. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk memulihkan semula tanaman kelapa yang dimiliki oleh pekebunpekebun kecil tersebut ?
-
Berapakah jumlah peruntukan pembangunan yang disediakan dalam tahun 2010 kepada sektor pekebun kecil tanaman kelapa di Selangor. Sila senaraikan pembahagian peruntukan tersebut mengikut daerah-daerah dan keluasan tanaman yang terlibat
168) PROJEK PEMBANGUNAN DAN KESESAKKAN LALU LINTAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang dilakukan untuk mengurangkan kesesakan di Projek pembangunan MRT Jalan Sg. Buloh dan Projek pembangunan Lapangan Terbang Subang.
168) KEJADIAN GEGARAN GEMPA BUMI DAN BENCANA ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu lagi versi gegaran gempa bumi yang telah melanda beberapa kawasan di dalam Negeri Selangor. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri di dalam membendung dan mengelakkan kejadian bencana alam di kawasan tertentu terus berlaku?
-
Apakah Kerajaan Negeri akan atau telah mewujudkan kumpulan-kumpulan dan badan-badan yang dipertanggungjawabkan bagi menyelia setiap kawasan sasaran di dalam Negeri Selangor?
-
Nyatakan kawasan terkini yang kerap dilanda gegaran gempa bumi di dalam Negeri Selangor dan apakah inisiatif dari Kerajaan Negeri?
168) BANDAR WARISAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan bercadang untuk mewartakan bangunan di sekitar Jalan Raya Timur, Jalan Stesen Klang sebagai bangunan Warisan?
-
Jika ya, apakah bantuan Kerajaan Negeri dapat memulihkan struktur bangunan yang uzur dan nyatakan sebab-sebab jika tidak
168) RIZAB SELANGOR TERKINI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pecahan rizab mengikut sektor dan jumlah dalam Ringgit Malaysia dan sektor mana menjadi penyumbang utama, bermula tahun 2016.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan penggunaan rizab memberi pulangan yang baik kepada rakyat Selangor?
168) INDUSTRI PERKHIDMATAN DAN PERHOTELAN DI BAWAH KDEB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Jumlah pendapatan tahun 2004 Ð 2008 bagi tiga hotel di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) agak mendatar dan menurun bagi Peransang Templer Golf Club. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan tiadanya peningkatan ketara bahkan kemerosotan pendapatan ini?
-
Selain daripada pelanggan-pelanggan korporat utama apakah strategi pemasaran yang dijalankan oleh KDEB bagi melonjakkan pendapatan perkhidmatan ini?
-
Apakah manfaat dan hasil secara langsung yang diperoleh oleh kerajaan daripada aktiviti KDEB dalam sektor perkhidmatan dan perhotelan seperti ini?
168) STATUS JALAN FT54
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Bilakah penyerahan Jalan FT54 kepada JKR Kuala Selangor akan dibuat?
-
Apakah status penyelenggaraan jalan, rumput dan perparitan di sepanjang Jalan FT54?
-
Siapakah yang bertanggungjawab menyelenggara rumput dan perparitan di Jalan FT54 sebelum penyerahan kepada JKR dibuat?
168) INTEGRITI PEMIMPIN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berpuasa hati dengan tahap integriti dan moral pemimpin negeri sekarang?
-
Mengapakah insiden kamera intipan pejabat Menteri Besar masih gagal didedahkan dalangnya?
-
Mengapakah kes-kes kecurian pasir sumber negeri masih gagal disiasat dan dibanteraskan?
