167) MASALAH PENDAPATAN PETANI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapakah purata pendapatan petani Negeri Selangor mengikut bidang pertanian seperti penanam kelapa sawit, penanam padi, sayur-sayuran dan nelayan?
-
Apakah langkah Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan petani dan nelayan?
-
Berapakah peruntukan disediakan untuk program ini?
167) JALAN RAYA ROSAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Apakah langkah2 atau tindakan tegas dari pihak berkenaan untuk memantau jalan2 di kampung?
167) PELANTIKAN AHLI MAJLIS KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah tempat kosong Ahli Majlis yang belum diisi sehingga hari ini?
-
Apakah sebab calon ahli majlis seperti Dr Abdul Aziz belum terima surat watikah dilantik sebagai ahli majlis?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Selangor untuk zon-zon yang belum ada ahli majlis sehingga masa kini?
167) SOKONGAN GOLONGAN MUDA DAN BELIA BERKENAAN IDEOLOGI SERTA DASAR-DASAR PEMERINTAHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat bentuk program yang bersesuaian yang dirangka oleh pihak Kerajaan Negeri untuk golongan muda dan belia bagi menyokong ideologi dan dasar-dasar kerajaan sekarang?
-
Berapa peratus golongan muda dan belia terutama di kawasan kampung yang terlibat serta aktif di dalam membantu pihak Kerajaan dalam menyampaikan dasar dan ideologi kerajaan serta mendapat sokongan setempat?
167) LRA SEMENYIH 2, LANGAT 2 DAN LABOHAN DAGANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini perlaksanaan projek loji rawatan air tersebut?
-
Sejauh manakah operasi LRA tersebut dapat menampung peningkatan penggunaan air di Selangor?
167) PERLANTIKAN KONTRAKTOR-KONTRAKTOR PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MBPJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memohon kerajaan memberi penerangan terperinci bagaimana MBPJ mempakej tender, kontrak dan sebutharga pengurusan sisa pepejal dan lampirkan Salinan contoh kontrak berkenaan.
-
Tertakluk di bawah Kerajaan Negeri Selangor.Berapa ramai kontraktor yang telah diberhentikan dan tidak disambung sejak 2010?
167) PEKERJA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Selangor memiliki statistik pekerja asing di Negeri Selangor dan apakah kesan kehadiran pekerja asing kepada masyarakat setempat dari segi masalah sosial, pengurusan sampah, penyakit berjangkit dan wabak?
167) PEMASYHURAN PERMAINAN TRADISIONAL WAU CAGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri dalam menggiatkan dan mempromosikan permainan tradisional wau cagat di Selangor khususnya Jeram sebagai tempat kelahiran permainan ini?
167) EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah pendekatan Kerajaan Negeri dalam mengatasi isu kesenjangan pendapatan di Selangor dan langkah-langkah menuju ke arah peluang saksama (equal opportunity) untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua?
168) JABATAN PENGUATKUASA MBPJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila perincikan bilangan anggota Jabatan Penguatkuasa MBPJ, mengikut tugas-tugas dan pangkat anggota
-
Sila perincikan statistik penguatkuasaan untuk tahun 2012-2014
-
Apakah bilangan pegawai yang diinginkan oleh Jabatan ini jika tiada kekangan kewangan?
