171) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Apakah status kajian pengangkutan awam di Negeri Selangor?
-
Siapakah ahli jawatankuasa dan latar belakangnya?
-
Jangkaan dalam berapakah tahun kerajaan Selangor boleh memajukan sistem pengangkutan awam ?
171) MASALAH PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak PBT mempunyai garis panduan kepada masalah aduan anjing liar?
-
Senaraikan operasi yang telah dibuat untuk menangkap anjing liar mengikut PBT di Selangor pada tahun 2019.
171) JALAN-JALAN UTAMA DI KEBUN PENEROKA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membina dan memperbaiki jalan-jalan ini untuk memudahkan pengurusan kebun-kebun peneroka?
171) PENGURUSAN SAMPAH YANG BERKESAN DI WAKTU HARI PERAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri mempunyai persiapan khas di musim perayaan bagi mengelakkan timbunan sampah bagi anak Selangor yang balik beraya?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri supaya krisis sampah di Selat Klang semasa Hari Raya Idulfitri tidak berulang?
171) JANJI MANIFESTO: MEMILIKI RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali
Kategori: Mulut
-
Mengenai janji Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap keluarga memiliki rumah. Seperti yang diumumkan, keluarga yang berpendapatan rendah hanya perlu membayar RM1,000.00 untuk memiliki sebuah rumah mampu milik. Adakah Menteri Besar sedar bahawa rakyat Selangor merasa tertipu dalam hal memiliki rumah sendiri. Seperti yang diketahui agensi kerajaan dan syarikat swasta atas pertimbangan keuntungan lebih berminat membangunkan rumah kos sederhana dan mewah yang di luar kemampuan majoriti rakyat Selangor?
-
Bilangan rumah kos rendah di bawah Skim Perumahan Mampu Milik yang telah dibina sejak skim itu dilancarkan pada tahun 2009?
171) MENJADIKAN PADANG SEKOLAH SEBAGAI PADANG AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Bolehkah Kerajaan Negeri membantu supaya padang sekolah dijadikan padang awam untuk kegunaan masyarakat setempat?
171) PEMBANGUNAN TANPA KELULUSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk mengawal selia pembangunan tanpa kelulusan yang terdapat di kawasan luar bandar seperti tanah pertanian , kampung tradisi dan kampung baru?
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memasukkan semua kawasan luar bandar ke dalam kawasan penguatkuasaan PBT?
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap pembangunan eko-pelancongan tanpa kebenaran di tepi sungai?
171) ENAKMEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Bilakah Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal akan dilaksanakan?
-
Apakah undang-undang kecil yang telah digubal bagi pengurusan sisa pepejal sementara menunggu pelaksanaan Enak Pengurusan Sisa Pepejal?
171) BANTUAN BENCANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khas bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana?
-
Bagaimanakah kaedah pengagihan kepada mangsa bencana?
171) PERANAN AKHBAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan akhbar harian terbitan syarikat swasta yang menyiarkan berita tidak tepat berkenaan wakil-wakil pemimpin/pemerintahan pentadbiran Kerajaan Negeri?
-
Apakah peranan akhbar Selangor Kini selain menjadi saluran maklumat mengenai aktiviti / program terkini pentadbiran Kerajaan Negeri kepada warga Selangor?
