171) HASIL PAKIR KENDERAAN MPKJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon menyatakan jumlah tempat letak kereta (pakir) dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengikut taman/kawasan
-
Berapakah hasil pakir yang dipunggut sejak lima tahun yang lepas?
-
Berapa banyak kawasan/ taman baru serta jumlah petak yang diwartakan sebagai tempat letak kereta pada tahun 2017?
171) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Senaraikan destinasi pelancongan yang telah digazetkan di seluruh negeri Selangor dan keunikannya
-
Berapakah jumlah pendapatan negeri daripada sektor pelancongan dan perincian mengikut jenis-jenis pelancongan
171) SISTEM PERPARITAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kos yang diperuntukkan untuk menyelenggara sistem perparitan di Selangor pada tahun 2012-2014?
-
Apakah jaminan kerajaan Selangor bahawa sistem perparitan sedia ada mampu menyelesaikan masalah banjir?
171) BANJIR KILAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak berkaitan mempunyai solusi kepada masalah banjir kilat yang sering berlaku di Taman Serendah Makmur,Serendah dan juga di persimpangan tol Bukit Beruntung yang berpunca daripada masalah sistem perparitan yang tidak di selia dengan baik?
171) PENCEMARAN AIR SUNGAI LANGAT AKIBAT PEMBUANGAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk menjaga sungai sebagai sumber air minum?
171) AGENDA PEMBERDAYAAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Minta kerajaan negeri nyatakan jumlah statistik golongan ibu tunggal yang menerima manfaat daripada skim mikrokredit kerajaan.
-
Apakah rancangan untuk memartabatkan kaum wanita dalam bidang keusahawanan dan profesionalisme?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membantu NGO wanita membanteras keganasan rumah tangga?
171) PINJAMAN MIKRO KREDIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Program Pinjaman Mikro Kredit yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri satu usaha yang baik. Bukit Melawati sedang menunggu pelancaran Mikro Kredit di sini untuk golongan berpendapatan rendah. Bank Mikro Kredit Kampong ini mesti diuruskan dengan perbelanjaan yang rendah.Ini boleh dijalankan dengan bantuan anggota sukarela dari NGO (Badan Bukan Kerajaan) seperti cara -cara koperasi beroperasi Grameen Bank di Bangladesh adalah salah satu yang berjaya seperti tersebut di atas. Bank Mikro Kredit Kampong boleh memberi pinjaman dari RM 2000 sehingga maksimum RM 20,000. Memohon penjelasan bagaimana bank ini akan beroperasi dan bila pinjaman -pinjaman boleh diperolehi ?
171) PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua program yang dianjurkan Kerajaan Negeri sepanjang Ramadhan tahun ini.
-
Berapakah kos perbelanjaan untuk menjayakan semua program tersebut?
171) PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Pesuruhjaya Bangunan (Shah Alam) bagi membantu pangsapuri kos rendah di Bandar Baru Sungai Buluh yang telah diabaikan oleh pemaju kerana pemaju berkenaan telah di likwidasi oleh mahkamah.
-
Mengapakan Pesuruhjaya Bangunan (Selayang) masih tidak mengadakan mesyuarat pemilihan JMB di pangsapuri kos rendah Danau Rebung Sungai Buluh walaupun tempoh mengadakan mesyuarat agung tahunan telah luput tempoh?
-
Adakah tindakan Pesuruhjaya Bangunan (Selayang) bagi membantu memperbaiki kerosakan lif dan kerosakan pembetungan di pangsapuri kos rendah Desa 1 yang telah bertahun lama tidak berfungsi?
171) PROJEK MENAIKTARAF JALAN PERSEKUTUAN 5 ( FR5)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilakah kerja-kerja menaiktaraf dari Tanjung Karang ke Sabak Bernam akan dimulakan?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan bagi kerja-kerja tersebut?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan kesan kacau ganggu kepada penduduk semasa projek dijalankan?
