181) PROGRAM AIR PERCUMA DI BAWAH KDEB
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah rangka tindakan Kerajaan Negeri terhadap KDEB yang tidak membayar empat pinjaman prinsipal jangka pendek berjumlah RM200 juta?
-
Apakah Kerajaan Negeri punyai rancangan untuk mengurangkan kadar faedah ke atas pinjaman KDEB dari 4% setahun kepada % yang lebih rendah?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri terhadap pinjaman KDEB berjumlah RM200 juta berserta faedah apabila Syarikat Tujuan Khas (Special Purpose Vehicle Company) diwujudkan kelak?
181) BILIK GERAKAN BENCANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan negeri ada menubuhkan bilik gerakan bagi menangani sesuatu bencana. Apakah terma rujukan dan bidang kuasa bilik gerakan ini?
-
Bagaimanakah keahlian bilik gerakan ini dan siapakah yang terlibat dalam pengoperasiaan
-
Di manakah lokasi bilik gerakan ini dan berapakah peruntukan kewangannya setahun?
181) LAWATAN YAB MENTERI BESAR KE LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci lawatan YAB Menteri Besar ke luar negara
-
Nyatakan secara terperinci semua kos lawatan termasuk pegawai pengiring
181) SISTEM PEMANTAUAN PERUNTUKAN KEPADA AHLI MAJLIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan cara-cara untuk memantau peruntukkan yang dibelanjakan oleh Ahli Majlis.
-
Berapakah Ahli Majlis yang sudah terima peruntukkan sebanyak RM2500 setiap bulan untuk penyewaan pejabat dan mengupah kerani? Sila nyatakan mengikut PBT.
-
Kalau peruntukan RM2500 telah dimasukkan ke akaun peribadi Ahli Majlis tetapi tidak digunakan untuk penyewaan pejabat dan mengupah kerani, apakah tindakan kerajaan untuk menarik balik peruntukan tersebut dan bilakah tindakan ini akan diambil?
181) KAWALAN HARGA PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Benarkan kenaikan harga rumah adalah disebabkan faktor kenaikan harga pasir?
-
Adakah kerajaan mempunyai mekanisme untuk mengawal harga pasir agar tidak membebankan rakyat?
181) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk memperkasa institusi belia di Negeri Selangor?
-
Apakah program-program yang tersedia untuk keterlibatan anak muda atau belia di Negeri Selangor?
181) SPIES
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Sejak diperkenalkan dari tahun 2008, siapakah contoh atau tokoh SPIES yang telah berjaya dilahirkan dengan memiliki pencapaian yang luar biasa?
-
Apakah penambahbaikan struktur modul yang dilakukan sesuai dengan keperluan Generasi Z?
-
Berapakah kos keseluruhan bagi melaksanakan Program SPIES?
181) BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI LUAR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan sumbangan wang daripada Kerajaan Negeri yang telah dan akan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di luar Selangor pada tahun 2015.
-
Adakah Kerajaan Negeri membina rumah kekal untuk mangsa-mangsa banjir di Kelantan? Jika ya, nyatakan butiran.
181) LEBUHRAYA BARU DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Bagi lebuhraya-lebuhraya yang diluluskan sejak tahun 2008, apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan negeri untuk memastikan keuntungan pihak konsesi tidak berlebihan?
-
Adakah kerajaan negeri mensyaratkan had tempoh konsesi mengutip bayaran tol?
-
Adakah kerajaan negeri mengutip cukai pintu untuk lebuhraya?
181) KEMISKINAN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah golongan miskin Bandar yang telah mendaftar dan menerima Skim Mikro Kredit ini mengikut DUN?
-
Selain skim ini, apakah program lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan miskin Bandar agar mereka boleh berdikari sendiri?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menyelaraskan pemberian bantuan untuk golongan miskin Bandar melalui Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)?
