181) KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah data terkini kependudukan Negeri Selangor
-
Adakah Kerajaan Negeri mengunjurkan sasaran tertentu (seperti 90 juta rakyat Malaysia menjelang Tahun 2020) dalam merangka Pelan Pembangunan Negeri Selangor
181) KEBERKESANAN SKIM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah keluarga yang berjaya melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK) melalui Skim Mikrokredit Miskin Bandar?
-
Berapakah jumlah yang gagal membayar balik pinjaman tersebut dan faktor penyebab kegagalan tersebut?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri kepada peminjam yang gagal membayar balik pinjaman?
181) MEMBANTERAS PENIPUAN DALAM PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk membanteras peniaga yang menipu dalam urusan jual beli?
-
Adakah Kerajaan Negeri pernah menyelesaikan masalah penipuan di antara peniaga dan pembeli di Selangor?
181) MASALAH TUMBESARAN BANTUT KALANGAN ANAK-ANAK DI FLAT KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana Kerajaan negeri mengatasi masalah bantut tumbesaran kalangan anak-anak di flat-flat kos rendah di Selangor?
181) SMART SELANGOR PARKING
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik bilangan pengguna berdaftar dan pengguna aktif aplikasi ini?
-
Berapa transaksi dan hasil daripada aplikasi pintar ini berbanding bayaran lama?
-
Mengapa terdapat PBT yang belum menggunakan applikasi ini?
181) TINDAKAN RANGSANGAN EKONOMI UNTUK NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Pakej rangsangan ekonomi Kerajaan Pusat melalui saluran Value cap dan sebagainya, nampaknya belum ada kesan pada rakyat. Bolehkah kerajaan Negeri Selangor mengadakan pakej rangsangan ekonomi sendiri untuk compliment langkah kerajaan pusat yang kurang kesan itu?
-
Tentang pakej rangsangan Negeri Selangor, apakah agensi/saluran yang patut dipergunakan supaya berkesan dan bertelusan dan yang patut dipantau dengan baik?
-
Bolehkah ADUN-ADUN mainkan peranan di peringkat ini?
181) HYWIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terbaru tentang pelaksanaan jaringan internet HyWIN di negeri Selangor?
-
Apakah sasaran kerajaan untuk mempopularkan penggunaan jaringan internet broadband di kawasan desa?
181) GST
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Memandangkan cukai GST terbukti telah amat membebankan rakyat berpendapatan rendah di Selangor, adakah kerajaan bercadang untuk menyerap semua atau sebahagian cukai GST yang dibayar dikenakan terhadap rakyat Selangor atas semua atau sebahagian perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor?
181) PEMILIKAN TANAH DI SUNGAI TEKALI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan sedar terdapat tanah seluas 149ekar di Sungai Tekali telah dipindah milik kepada pihak individu untuk projek pelancongan?
-
Jika ya, apakah keputusan kerajaan terhadap projek itu?
-
Adakah kerajaan mengambil kira aspek eco-system dan tanah runtuh seperti kes Highland Tower?
181) MASALAH PUSAT PELUPUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah bilangan pusat sisa pepejal yang masih beroperasi di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan sejauh manakah tahap pencemarannya terhadap persekitaran kawasan tersebut ?
-
Sila nyatakan berapakah keluasan tanah dan anggaran kos untuk pembinaan sesebuah pusat sisa pepejal yang baru ?
-
Sila nyatakan apakah kaedah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang yang lebih canggih dan mesra alam bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah pelupusan sisa pepejal yang semakin kritikal ?
