183) KEJATUHAN HARGA SAWIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani masalah kejatuhan harga sawit sekarang?
-
Adakah Kerajaan Negeri memperuntukkan inisiatif khusus kepada petani atau pekebun kecil untuk isu kejatuhan harga sawit?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diperuntukkan jika ada? Nyatakan.
183) TANAMAN SEMULA KELAPA
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapa keluasan tanah yang telah ditanam semula dgn tanaman kelapa mengikut daerah di negeri Selangor?
-
Adakah kelewatan pelaksanaan projek tanaman semula kelapa dan sebab-sebab kelewatan tersebut?
183) NAIKTARAF JALAN DI BUKIT FRASER
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan statistik pasaran kerja di Negeri Selangor mengikut daerah: jumlah pekerja, kelayakan profesional, tahap pendidikan, gaji mengikut profesion dan lain-lain.
183) KESAMBUNGAN KEPADA SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar-dasar sedia ada dan/atau arahan yang telah diberikan kepada Kerajaan Tempatan untuk meningkatkan kesambungan penduduk-penduduk kepada sistem pengangkutan awam, terutamanya dari segi pembangunan?
183) DASAR PENGURANGAN KADAR CUKAI TAKSIRAN KEPADA PEMILIK PETAK PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak unit rumah yang telah menerima manfaat ini mengikut PBT sehingga sekarang?
-
Adakah cara ini telah membantu mengurangkan tunggakan bayaran caj penyelenggaraan dan sinking fund di kalangan pemilik rumah pangsa kos rendah? Apakah statistiknya?
183) KUALITI JALAN RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pelan penyelenggaraan jalan raya utama di bawah JKR bagi mempastikan pengguna selamat menggunakannya, khususnya permukaan jalan dan lampu jalan diari Kampung Sg. Udang hingga ke Northport dan Bagan Hailam.
-
Berapakah kos optimum yang diperlukan? Berapa yang diperolehi?
183) PERKEMBANGAN INDUSTRI DI DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Peluang pekerjaan di Daerah Kuala Selangor kurang dan usaha -usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan mestilah di mulakan. Jika sektor perindustrian dimajukan ,ia akan memberi peluang pekerjaan kepada lebih kurang 5000 belia di daerah ini. Malah kawasan IKS di Bandar Kuala Selangor yang dimajukan oleh PKNS tidak berjaya dan sebahagian besar daripada tapak ditinggalkan tanpa sebarang aktiviti. Ini adalah kerana sewa yang tinggi dikenakan kepada penyewa. Apakah langkah -langkah untuk memulihkan sektor IKS di Daerah Kuala Selangor?
-
Apakah langkah - langkah yang sedang di ambil untuk membawa industri industri besar ke Daerah Kuala Selangor ?
183) PENGURANGAN PREMIUM PAJAKAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Isu premium pajakan tanah melibatkan pemilik tanah di Petaling Jaya masih belum dilunaskan disebabkan kadar yang terlalu tinggi bagi pemilik. Bagaimana dapat kerajaan pertimbangkan mengenakan premium pajakan tanah yang lebih munasabah bagi pemilik dapat melanjutkan tempoh pajakan mereka?
-
Bagaimana pemilik dapat membuat permohonan pengurangan premium pajakan tersebut?
183) UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kronologi tarikh, tujuan dan kewajaran, mana-mana pemimpin politik dan kerajaan yang telah hadir ke program-program di UNISEL sama ada anjuran Universiti atau mana-mana pihak?
-
Apakah perancangan dan tindakan UNISEL untuk memastikan pensyarah dan pelajar UNISEL fokus pencapaian tinggi bidang akademik?
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar isu ini menjejaskan kredibiliti UNISEL dan keyakinan ibu bapa serta pihak majikan terhadap graduan UNISEL?
183) MASALAH SOSIAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah kategori masalah sosial yang dikenal pasti dan nyatakan statistiknya mengikut DUN dan daerah?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku dan berleluasa?
-
Sejauh manakah inisiatif kerajaan negeri membanteras masalah sosial melalui konsep amar makruf, nahi munkar?
