193) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Dapatan kertas putih penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sepertimana yang telah diusulkan dan diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor pada sidang Ogos 2015 dan bila akan dibentangkan
193) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah unit Rumah Selangorku terkini yang telah berjaya diserahkan kuncinya kepada pemohon.
-
Senaraikan projek Rumah Selangorku yang bermasalah
-
Apakah pelan tindakan yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
193) SKIM CERIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pangsapuri-pangsapuri di DUN Kinrara yang telah menerima Skim Ceria serta jenis kerja baik pulih bagi setiap pangsapuri tersebut
-
Nyatakan status pemberian peruntukan kepada pangsapuri kos rendah untuk menurap dan membaiki jalan-jalan dalam kawasannya seperti yang dibentangkan dalam Sidang Dewan Mei 2015
193) RUMAH IBADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kuil Hindu, Tokong Cina, Surau, Masjid & Gereja di dalam DUN Lembah Jaya?
-
Senaraikan bilangan rumah ibadat yang berdaftar dan tidak berdaftar di DUN Lembah Jaya
-
Nisbahkan bilangan rumah-rumah ibadat tersebut dengan bilangan penganut masing-masing, huraikan memenuhi keperluan atau melebihi keperluan mengikut agama
193) JUMLAH PELABURAN DI NEGERI SELANGOR SEJAK MAC 2007 HINGGA SEKARANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelaburan domestik dan asing yang berjaya diperoleh oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi tempoh bulan Mac 2007 hingga kini?
-
Berapakah jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan bagi tempoh yang sama?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menarik pelaburan domestik dan asing ke Negeri Selangor?
193) GANGGUAN BEKALAN AIR DI CHERAS HARTAMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah Statistik gangguan bekalan air di Cheras Hartamas?
-
Adakah Pihak Air Selangor mempunyai penyelesaian jangka panjang bagi mengelakkan gangguan bekalan air akibat tekanan rendah di Cheras Hartamas?
193) SKIM MIKRO KREDIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Pengumuman khidmat pinjaman mikro kredit telah dibuat baru-baru ini. Bilakah skim ini akan dimulakan?
-
Adakah jumlah yang diperuntukkan akan terhad kepada lima puluh juta sahaja atau akan ditingkatkan di masa akan datang?
193) PROGRAM HIJRAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah permohonan program Hijrah dan jumlah yang diluluskan mengikut DUN dan kaum masing-masing.
-
Nyatakan pencapaian pungutan bayaran pinjaman masing-masing.
193) PELAN INTERGRITI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah visi, misi serta kayu pengukur kejayaan untuk Pelan Integriti Kerajaan Negeri Selangor?
-
Siapakah ahli jawatankuasa yang menganggotai badan pelaksana Pelan Integriti Kerajaan Negeri Selangor bagi memantau keberkesanan pelan tersebut?
-
Senaraikan polisi dan program yang telah dilaksanakan di bawa Pelan Integriti Kerajaan Negeri Selangor dan sejauh manakah pelan tersebut berjaya dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang telus, amanah dan bertanggungjawab terhadap rakyat?
193) PENGURUSAN PERHENTIAN BAS KLANG SENTRAL DAN SEKITARNYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Nyatakan syarat dan terma perjanjian Pemaju dan MPK
-
Apakah ada halangan penguatkuasaan kepada sesuatu kes yang tidak patuh peraturan PBT? Nyatakan
-
Bagaimanakah dipastikan keadaan penyelenggaraan dalam spesifkasi yang ditetapkan?
