192) STATUS TERKINI SURAU AL-AKHLAQIAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah Surau Al-Akhlaqiah, Kampung Pinang Tunggal beroperasi di atas tapak tanah yang tidak diwartakan sebagai tapak surau?
-
Adakah tapak tanah tersebut diwartakan sebagai tapak sekolah agama?
-
Apakah boleh sebuah surau beroperasi di atas tapak sekolah agama dengan mengabaikan prosedur sepatutnya?
193) SKIM GUARDED & GATE COMMUNITY
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji semula dan menambahbaik dari masa ke semasa garis panduan skim Ò Guarded & Gate Community Ò yang sedia ada supaya keselamatan di kawasan kediaman lebih terjamin di samping mengurangkan perselisihan antara penduduk semasa pelaksanaan skim tersebut.
193) MEMAKSIMAKAN PENDAPATAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan untuk memaksimakan pendapatan kerajaan melalui kutipan hasil cukai dan urus niaga berkaitan tanah di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan Pejabat Tanah Galian Selangor (PTGS) ?
193) GANGGUAN BEKALAN AIR DI CHERAS HARTAMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah Statistik gangguan bekalan air di Cheras Hartamas?
-
Adakah Pihak Air Selangor mempunyai penyelesaian jangka panjang bagi mengelakkan gangguan bekalan air akibat tekanan rendah di Cheras Hartamas?
193) SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah telah dikenalpasti penambahbaikan proses kelulusan permohonan?
-
Berapakah petugas dan kakitangan pengurusan TUNAS?
-
Sehingga Julai 2016, apakah masalah kelewatan serahan sumbangan kepada pemohon dan tadika?
193) MUZIUM
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah muzium dan pusat warisan yang terdapat di Negeri Selangor mengikut kategori dan lokaliti sehingga tahun 2008?
-
Berapakah jumlah kos penyelenggaraan muzium tersebut dari 2005-2008?
-
Apakah rancangan atau insentif Kerajaan Negeri untuk pemuliharaan bangunan- bangunan warisan bersejarah di Negeri Selangor?
193) PROGRAM SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor berpuas hati dengan program Smart Selangor setakat ini?
-
Apakah program yang telah berjalan?
-
Apakah perancangan jangka panjang program ini?
193) PERKEMBANGAN PENSTRUKTURAN SEMULA ASET-ASET AIR DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan penstrukturan semula semua aset-aset air di Negeri Selangor sejak MOU ditandatangani antara pihak Air Selangor dan SPLASH?
-
Apakah jumlah nilai aset air yang dipegang oleh Air Selangor dan berapa kos sewaan yang dibayar kepada PAAB?
193) KENDERAAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah kenderaan terbengkalai yang telah ditunda dan lupus sejak tahun 2013 mengikut PBT masing-masing
-
Senaraikan kos yang telah dibelanjakan mengikut PBT masing-masing
-
Berapa unit kenderaan terbengkalai yang belum di tunda di setiap PBT dan apakah perancangannya?
193) PUSAT REKREASI KELUARGA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi menaiktaraf pusat rekreasi keluarga di Selangor?
-
Nyatakan tindakan Kerajaan Negeri bagi mempromosikan pusat rekreasi DI Selangor.
