192) PROJEK LEBUHRAYA SUKE
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Berapakah keluasan hutan yang terlibat dalam Projek Lebuhraya SUKE?
-
Berapakah pampasan yang dibayar oleh Syarikat Konsesi Lebuhraya SUKE?
-
Adakah kertas kerja projek Lebuhraya SUKE mematuhi semua piawaian keselamatan, alam sekitar dan undang-undang?
192) GAJI DAN ELAUN PEMANDU RASMI KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Menurut skim gaji 2013 Berapakah gaji dan elaun pemandu rasmi kerajaan menurut kelas kenderaan masing-masing?
-
Apakah elaun-elaun tambahan yang diterima oleh mereka?
-
Apakah kemudahan kebajikan yang diberikan kepada pemandu rasmi kerajaan?
192) PENGGUNAAN PADANG AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Menjelang pilihan raya ke 12 banyak padang awam termasuk di DUN Bangi didirikan bangunan bagi Bilik Gerakan UMNO-BN. Adakah kebenaran didapati dari pihak berwajib menggunakan padang?
-
Mengapakah bangunan-bangunan berkenaan yang merosakkan padang awam ini masih kekal?
-
Apakah tindakan akan diambil terhadap pihak yang degil yang tidak mengeluarkan bangunan berkenaan?
192) KEDAI TERBAKAR DI PEKAN BANGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Setakat manakah pertolongan yang dapat diberi terhadap mangsa-mangsa kebakaran ini?
-
Setakat ini, adakah pihak MPKj dan Pejabat Tanah pernah dirujuk oleh pemilik-pemilik kedai tersebut?
-
Adakah sebarang halangan bagi pemilik-pemilik mendirikan semula kedai mereka?
192) SALURAN PENYIARAN DAN PENERBITAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perolehan pendapatan dan juga kerugian yang ditanggung daripada TV Selangor dan Akhbar Selangorkini oleh Kerajaan Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa rancangan untuk TV Selangor mengadakan suatu saluran di dalam Bahasa Inggeris, bahasa Cina dan Bahasa Tamil?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa rancangan untuk menerbitkan Selangorkini dalam Bahasa Cina dan juga Bahasa Tamil pada masa hadapan?
192) PROGRAM PENERANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan penerangan dasar dan program kerajaan negeri kepada rakyat?
-
Berapakah jumlah papan tanda (billboard) yang diperuntukkan bagi penerangan IPR bagi setiap DUN?
-
Berapakah bajet Kerajaan Negeri bagi tujuan program penerangan ini?
192) WARGA INDUSTRI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan warga industri berdasarkan kewarganegaraan mengikut kawasan industri?
-
Apakah kerajaan negeri mengadakan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka?
-
Adakah kos upah / gaji mereka kompetitif dan mencukupi untuk menyara kehidupan?
192) PEKAWANIS DAN BANTUAN KEMASYARAKATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Atas peruntukan peraturan manakah, walaupun sebagai NGO, Pekawanis diberikan peranan utama dalam menyalurkan bantuan dari syarikat subsidiari kerajaan kepada rakyat?
-
Apakah syarikat-syarikat subsidiari yang terlibat?
-
Berapa jumlah yang telah disalurkan oleh MBI melalui Pekawanis?
192) KEMISKINAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan statistik kemiskinan, kemiskinan bandar dan kemiskinan papa kedana Negeri Selangor
-
Nyatakan lokasi-lokasi tempat tinggal golongan miskin ini.
192) PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT-SYARIKAT GLC
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Bandingkan keuntungan atau kerugian terkini sebelum cukai yang dicapai oleh keempat-empat syarikat GLC di bawah: i. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), ii. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), iii. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), dan iv. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
