192) PENUTUPAN KLINIK 1 MALAYSIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan melantik mana-mana klinik sebagai ganti kepada penutupan Klinik 1 Malaysia yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan?
-
Berapakah kos dianggarkan jika klinik panel dilantik bagi tujuan tersebut
192) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kehilangan pendapatan dari bangunan tersebut dari 2015-2017.
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi penyelenggaraan bangunan tersebut dari 2015-2017.
192) PEMBINAAN MASJID PEKAN DENGKIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Apakah kemajuan projek tersebut?
-
Berapakah peruntukan sebenar yang diperuntukkan?
-
Apakah masalah sebenar yang dihadapi sehingga projek tersebut lewat dimulakan?
192) SEKOLAH-SEKOLAH PERSENDIRIAN JENIS CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina sebuah Sekolah Menengah Cina Persendirian untuk mengatasi permintaan yang melebihi daripada kalangan kaum Cina di negeri ini?
-
Selain daripada bantuan kewangan, apakah bantuan-bantuan lain yang telah dan bakal diberikan kepada Sekolah-sekolah Menengah Cina Persendirian di negeri Selangor pada masa kini?
-
Berapakah jumlah Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Persendirian Cina yang terdapat di Negeri Selangor pada hari ini?
192) PROJEK HORAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status terkini pelaksanaan Projek HORAS?
-
Adakah Kerajaan Negeri masih meletakkan harapan pelaksanaan HORAS dalam membantu mengatasi masalah air di Selangor?
192) STATUS SYARIKAT ALAM FLORA SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Syarikat Alam Flora Sdn Bhd sebagai kontraktor induk dalam kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan kawasan di kebanyakan tempat di Negeri Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggantikan Syarikat Alam Flora dengan kontraktor-kontraktor lain seperti syarikat berkaitan Kerajaan Negeri ataupun memberi kuasa terus kepada Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor untuk menguruskan sendiri kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan kawasan di kawasan mereka
192) KEMISKINAN DI BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Adakah skim ini berjaya sampai ke kelompok sasar dan menepati objektif?
-
Nyatakan statistik penerima skim tersebut mengikut kawasan DUN?
-
Adakah peserta skim ini mengikut program tertentu untuk memastikan kejayaannya?
192) TANAH RENTIS TNB
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapa keluasan tanah rentis TNB seluruh negeri Selangor?
-
Mengapa Kerajaan tidak mengenakan caj pajakan memandangkan tanah rentis tidak boleh diguna atau dibangunkan ?
192) JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN DAN KEHIDUPAN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan program baharu di bawah Portfolio tersebut.
-
Nyatakan status untuk program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini.
192) SKIM PEMILIKAN TANAH UNTUK KEDIAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah proses penukaran tanah jenis pertanian kepada kediaman milik persendirian di bawah "Skim Pemilikan Tanah untuk Rumah Kediaman" semenjak ianya di perkenalkan sehingga kini mengikut Daerah?
-
Nyatakan apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mempromosikan skim ini kepada Rakyat?
