192) TANAH RENTIS TNB
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapa keluasan tanah rentis TNB seluruh negeri Selangor?
-
Mengapa Kerajaan tidak mengenakan caj pajakan memandangkan tanah rentis tidak boleh diguna atau dibangunkan ?
192) PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membendung kelahiran pusat penjagaan kanakkanak yang tidak berdaftar dan beroperasi dalam rumah kediaman?
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan pemantauan ke pusat penjagaan kanakkanak di Selangor?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri ke arah memperketatkan penguatkuasaan garis panduan pusat penjagaan kanak-kanak?
192) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS), TEAM SELANGOR DAN SUKARELAWAN SELANGOR (SERVE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan "differentiation" antara PeBS, Team Selangor, dan SERVE. Berapa peruntukan yang digunakan oleh ketiga-tiga program dalam tahun 2023?
-
Apakah peranan SERVE semasa keadaan tiada banjir?
192) KILANG PLASTIK HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kilang plastik haram di Selangor mengikut PBT
-
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap kilang haram ini?
192) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian sejak penubuhan sehingga sekarang jumlah kos operasi bulanan Darul Ehsan Investment Group (DEIG), bilangan kakitangan dan pengarah serta senarai lengkap pegawai kanan berserta skop tugasan/tanggungjawab dan tangga gaji.
192) PENGUASAAN JKKK TERHADAP DASAR-DASAR KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah tahap penguasaan JKKK di seluruh Selangor terhadap dasar-dasar utama kerajaan?
-
Apakah kaedah penilaian yang digunakan bagi mengukur keupayaan seluruh JKKK?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan wujud jurang di segi keupayaan antara JKKK dalam dan luar bandar?
192) KEMPEN SIHAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah tahap kesihatan rakyat Selangor semenjak kempen ini dilaksanakan? Apakah kayu ukur yang digunakan yang kempen ini berjaya?
-
Aspek kesihatan manakah yang diberikan tumpuan?
-
Apakah nisbah pesakit diabetes dibandingkan dengan rakyat Selangor sebelum selepas kempen ini?
192) PERISYTIHARAN HARTA WAKIL RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mengikut jejak Kerajaan Persekutuan untuk mewajibkan Wakil Rakyat isytihar harta dengan mengikuti prosedur MACC?
192) BIDANG KUASA JALAN RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jalan yang dibawah tangungjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
-
Nyatakan perbandingan bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ke atas jalan raya.
192) KAD KISS DAN PEDULI SIHAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan ada bercadang untuk meningkatkan kuota penerima kad kiss dan peduli sihat memandangkan ramai rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid 19 ini?
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk melakukan penambahbaikan skim ini dari segi permohonan dan sebagainya?
