196) PENJUALAN TANAH ATAU ASET KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan 5 penjualan terbesar (sama ada tanah, aset ataupun syarikat) yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ataupun melalui anak-anak syarikat Selangor di bawah Pakatan Rakyat dari 2008-2013.
-
Sila bekalkan butiran: tarikh penjualan, butir tanah/aset/syarikat, pembeli, harga dan sama ada tender terbuka dilakukan.
196) ISU BANJIR KILAT DI HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berikutan berlaku bencana banjir kilat di DUN Dusun Tua pada 17.6.2017 yang mengakibatkan kematian, kerosakan harta benda, dan jalan terputus, adakah Kerajaan bercadang untuk membuat kajian menyeluruh dan bersepadu bagi mengambil langkah yang berkesan?
-
Jika tidak, apakah langkah alternatif?
196) UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik terkini pelajar UNISEL?
-
Apakah status kewangan UNISEL bagi tahun 2014 dan 2015?
196) HASIL PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah pengurusan hasil pasir Selangor?
-
Nyatakan jumlah bayaran royalti, keuntungan sebelum cukai dan hasil jualan pasir pada tahun 2016.
196) LESEN PERNIAGAAN TERHADAP KLIA, LCCT, KLIA2 DAN PEMILIK- PEMILIK KONSESI TOL LEBUHRAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan mengenakan cukai pintu dan lesen perniagaan terhadap premis perniagaan dan tred yang dijalankan di KLIA, LCCT, KLIA2 dan pemilik- pemilik konsesi tol lebuhraya?
-
Jika ya, mengapakah ini tidak dilakukan pada masa dahulu dan hanya dilakukan pada masa sekarang?
196) PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembinaan Rumah Idaman Rakyat Selangor?
196) MASALAH OBESITI RAKYAT BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peratusan rakyat Selangor yang berada dalam kumpulan obes menurut kategori remaja, belia, dewasa dan warga emas.
-
Apakah unjuran peningkatan masalah ini dalam tempoh 5-10 tahun dari sekarang?
-
Apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan untuk menghadapi ancaman masalah ini?
196) PROGRAM MYSEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah yang telah menikmati faedah daripada Program MySel yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
-
Berapa ramaikah yang telah memperolehi sijil kelahiran, Mykad dan taraf kewarganegaraan melalui Program MySel ini?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membuka cawangan Perkhidmatan MySel di Seluruh Negeri Selangor pada masa hadapan?
196) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan sejauh manakah prestasi perbelanjaan peruntukan MARRIS ?
-
Sila nyatakan baki terkini peruntukan MARRIS dalam Tabung Amanah ?
-
Sila nyatakan apakah punca utama menyebabakan masih berlaku kelewatan pelaksanaan peruntukan MARRIS ?
196) PENGUATKUASA KERAJAAN TEMPATAN DAN PEJABAT DAERAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri ada membuat kajian punca-punca kenapa pihak penguatkuasa kerajaan tempatan dan pejabat daerah lambat untuk bertindak dengan cepat terhadap aduan rakyat tempatan terhadap warga asing yang berniaga, aktiviti pembuangan sampah haram dan pencerobohan tanah kerajaan?
-
Apakah tindakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan B40?
-
Apakah sistem data maklumat yang akan dirujukan untuk golongan B40?
