196) KECERIAAN TAMAN REKREASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menceriakan taman-taman rekreasi di seluruh Selangor?
196) AIR PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan bilangan penerima manfaat air percuma kerajaan negeri Selangor mengikut jenis tempat tinggal (setinggan, flat dan lain-lain) dan perbelanjaan kerajaan negeri untuk air percuma setiap tahun sejak mulanya program ini.
196) MENGGALAKKAN RAKYAT MENCEBURI BIDANG SUKAN SECARA PROFESSIONAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lebih ramai orang menceburi bidang sukan?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina lebih banyak gelanggang-gelanggang futsal disetiap Kawasan perumahan?
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina satu Akademi Sukan Khas untuk mengembangkan bakat rakyat Negeri Selangor dalam bidang sukan secara Professional?
197) PENGOREKAN TANAH MERAH DAN PENJUALAN SECARA HARAM DIBUKIT KAPAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Banyak aduan yang dilaporkan kepada Pejabat Tanah Daerah Klang mengenai pengorekan tanah merah secara haram di Kg Bukit Kapar dan Kg Bkt Kerayong tetapi setakat ini belum ada langkah yang berkesan diambil, bagaimanakah cara pihak PTD Klang mengatasi aduan ini dan apakah cara dan langkah terbaik yang akan dilaksanakan
197) PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah syarikat pelaburan asing yang melabur di Negeri Selangor sehingga Jun 2019?
-
Berapakah nilai pelaburan yang telah berjaya dibawa untuk tahun ini?
-
Berapa banyak peluang pekerjaan dapat dimanfaat dengan pelaburan yang diperolehi untuk rakyat Negeri Selangor?
197) PERCERAIAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik perceraian di Negeri Selangor dari tahun 2013 sehingga Januari 2015 mengikut pecahan bangsa dan daerah?
-
Berapakah jumlah kes permohonan perceraian yang belum selesai dan masih dibicara mengikut pecahan bangsa dan daerah?
197) TEGURAN AUDIT TERHADAP PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah pembetulan yang telah diambil oleh PKNS berkaitan dengan dasar perolehannya setelah perkara ini telah diaudit, ditegur dan dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri Tiga 2014 terhadap PKNS?
197) STATUS PEMBINAAN PENCAWANG ELEKTRIK DI KAWASAN CHERAS HARTAMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Kerajaan telah berjanji akan menjalankan siasatan mengenai jajaran tersebut, apakah keputusan atau komen dalam lawatan tersebut.
197) KAWASAN PERUMAHAN DAN PADANG TIDAK DIURUSTADBIR DENGAN BAIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Kebanyakan padang dan kawasan permainan di taman-taman Kawasan DUN Meru terabai dengan permainan yang rosak, padang tidak dikawal selia dengan penanaman pokok kekal oleh penduduk , sampah sarap dsbnya. Apakah tindakan yang patut diambil oleh MPK dalam menangani aduan seperti ini?
-
Apakah langkah drastik bagi mengembalikan ÒTamanku SyurgakuÕ dalam meningkatkan kualiti taman perumahan di Selangor.
197) PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1993
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah Pekeliling ini digunapakai oleh kerajaan negeri?
-
Berapakah jumlah kutipan kerajaan negeri daripada bayaran kepada pegawai- pegawai kerajaan yang melebihi had maksima ditetapkan seperti Pekeliling ini, mengikut tahun sejak 2004?
