197) RIQAB

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut


  1. Berapakah golongan Riqab yang telah dikenal pasti di Negeri Selangor?

  2. Apakah tempoh yang diperlukan oleh institusi di bawah MAIS dan NGO untuk mengeluarkan golongan Riqab daripada kategori asnaf?

197) SELANGOR KE DEPAN DALAM PENCIPTAAN PEKERJAAN BARU

Tahun:

Sesi:

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Selangor telah muncul teratas dalam penciptaan pekerjaan baru. Apakah sektor yang menyumbang kepada penciptaan pekerjaan baru tersebut?

    Klik jawapan »

197) JAWATANKUASA KHAS BAGI MENGENDALI ISU MENAIKTARAF DAN MENYELIA JALAN/LEBUHRAYA DI PELABUHAN KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi memantau keadaan dan mengkaji semula spesifikasi jalanraya di dalam Negeri Selangor terutamanya jalanraya yang digunakan oleh kenderaan berat seperti di Pelabuhan Klang?

    Klik jawapan »

197) KESESAKAN LALULINTAS DI LEMBAH KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi mengatasi masalah kesesakan ini dalam bajet Selangor 2016?

    Klik jawapan »

197) URUSAN SEKOLAH RENDAH AGAMA KAMPUNG CHERAS BARU

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan yang Kerajaan Selangor sediakan untuk membaiki dan menambahkan bilik kelas sekolah rendah agama di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah lama untuk memproses satu permohonan untuk membaiki bangunan sekolah rendah agama?

    Klik jawapan »

197) KEBENARAN MERANCANG DAN KELULUSAN GATED COMMUNITY MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah syarat-syarat yang kebanyakan komuniti gagal untuk menyediakannya?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan komuniti yang telah melaksana tanpa kebenaran? Senaraikan.

    Klik jawapan »

  3. Apakah telah ada kajian semula syarat kelulusan permohonan?

    Klik jawapan »

197) PROSES PEWARTAAN TAPAK RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah bilangan tapak rumah ibadat selain Islam yang telah diluluskan sejak 2009 mengikut pecahan daerah.

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri sehingga terpaksa mengambil tempoh yang terlalu lama untuk kelulusan pewartaan.

    Klik jawapan »

197) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR KAMPUNG MELAYU

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah tindakan Kerajaan Negeri mahu membangunkan infrastruktur kampung tradisi Melayu dalam kerangka sedia ada?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan fokus utama kerajaan?

    Klik jawapan »

197) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan secara terperinci apakah status terkini penstrukturan industi tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan kenapa masih terdapat syarikat konsesi yang masih berdolak-dalih terhadap tawaran daripada Kerajaan Negeri ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan anggaran tempoh masa yang diperlukan bagi menjayakan keseluruhan penstrukturan industri tersebut ?

    Klik jawapan »

197) PEMINDAHAN LADANG TERNAKAN AYAM DI DESA COALFIELD

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Sejak perumahan di Taman Saujana Utama dan Desa Coalfield di buka beberapa tahun lalu, ladang ternakan ayam yang sudah lama wujud di kawasan berkenaan telah menimbulkan bantahan penduduk akibat pencemaran bau yang kurang menyenangkan. Kita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memindahkan ladang ternakan ayam berkenaan ke Jeram. Bilakah pemindahan itu akan dilaksanakan dan di manakah ladang ternakan baru itu ditempatkan?

  2. Adakah tempat ladang ternakan ayam yang baru itu nanti bersesuaian dan tidak akan menimbulkan masalah dan bantahan kepada penduduk sekitarnya sedangkan kawasan Jeram juga sudah sarat dengan masalah pencemaran bau?

  3. Sila senaraikan ladang-ladang ternakan bermasalah lain yang sedia untuk dipindahkan dan lokasi penempatan baru di daerah Kuala Selangor?