197) PERUNTUKAN OLEH KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk mencuci parit mengikut susunan tahun dari 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Teluk Datuk, Sijangkang dan Morib?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menurap Jalan Kampung mengikut susunan tahun dari 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Teluk Datuk, Sijangkang dan Morib?
197) JAWATANKUASA KHAS BAGI MENGENDALI ISU MENAIKTARAF DAN MENYELIA JALAN/LEBUHRAYA DI PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi memantau keadaan dan mengkaji semula spesifikasi jalanraya di dalam Negeri Selangor terutamanya jalanraya yang digunakan oleh kenderaan berat seperti di Pelabuhan Klang?
197) PELABURAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan Selangor mempunyai rancangan tertentu supaya sektor pekerjaan juga boleh memberi faedah seiring dengan kemasukan pelaburan di negeri Selangor?
-
Adakah kerajaan Selangor mempunyai peruntukan/bantuan bagi meningkatkan kemahiran para pekerja tempatan di negeri Selangor seiring dengan permintaan sektor perkilangan yang mahukan pekerja berkemahiran.
197) PROSES PEWARTAAN TAPAK RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah bilangan tapak rumah ibadat selain Islam yang telah diluluskan sejak 2009 mengikut pecahan daerah.
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri sehingga terpaksa mengambil tempoh yang terlalu lama untuk kelulusan pewartaan.
197) KESELAMATAN DALAM BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan untuk meningkatkan keselamatan harta benda awam daripada kecurian dan vandalisme?
197) SELANGOR KE DEPAN DALAM PENCIPTAAN PEKERJAAN BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Selangor telah muncul teratas dalam penciptaan pekerjaan baru. Apakah sektor yang menyumbang kepada penciptaan pekerjaan baru tersebut?
197) INFRASTRUKTUR UNTUK KAWASAN PENGINDUSTRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Jalan-jalan di kawasan pengindustrian sentiasa perlu diturap semula disebabkan jalan-jalan tersebut senang rosak kerana digunakan oleh kenderaan-kenderaan berat. Keadaan ini berlaku kerana jalan-jalan tersebut hanya menggunakan spek jalan biasa. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan demi mengatasi masalah ini?
197) KESESAKAN LALULINTAS DI LEMBAH KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang?
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi mengatasi masalah kesesakan ini dalam bajet Selangor 2016?
197) URUSAN SEKOLAH RENDAH AGAMA KAMPUNG CHERAS BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang Kerajaan Selangor sediakan untuk membaiki dan menambahkan bilik kelas sekolah rendah agama di Selangor?
-
Berapakah lama untuk memproses satu permohonan untuk membaiki bangunan sekolah rendah agama?
197) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR KAMPUNG MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah tindakan Kerajaan Negeri mahu membangunkan infrastruktur kampung tradisi Melayu dalam kerangka sedia ada?
-
Senaraikan fokus utama kerajaan?
