198) PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Mengapakah peniaga-peniaga di Kompleks PKNS bersebelahan Pasar Besar Klang masih di benarkan beroperasi dari jam 3 pagi sedangkan persatuan-persatuan peniaga-peniaga di Pasar Besar Klang difahamkan oleh pihak EXCO dan PBT bahawa selepas bulan Disember 2009 mereka (peniaga-peniaga di Kompleks PKNS) tidak akan diberikan lesen perniagaan sekiranya mereka masih berbuat demikian ?
-
Setelah lebih dari 10 kali mesyuarat diadakan di antara wakil-wakil rakyat, pihak penguatkuasaan MPK, pihak polis dan persatuan peniaga Pasar Besar Klang, isu pendatang asing yang berniaga, isu masih belum dapat diselesaikan secara berkesan. Apakah ada langkah-langkah baru yang telah ditemui untuk menyelesaikan masalah-masalah ini secara tuntas dalam masa terdekat ?
198) PERBELANJAAN PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Berapakah ahli majlis yang menubuhkan pejabat perkhidmatan seluruh Selangor?
-
Berapakah kos yang dibelanjakan untuk sebuah pusat khidmat ahli majlis dan jumlah seluruh Selangor?
198) DIVIDEN ANAK SYARIKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Butirkan dividen yang dibayar oleh anak syarikat negeri kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2017.
-
Apakah sasaran dividen untuk tahun 2018 dan 2019?
198) MEMBAIK PULIH KOTA DARUL EHSAN (TAMBAH SEMPADAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos keseluruhan untuk membaik pulih Kota Darul Ehsan?
-
Apakah kerja-kerja yang telah ditawarkan?
-
Siapa yang membiayai keseluruhan kerja-kerja tersebut?
198) KEPERLUAN PENGLIBATAN AHLI DEWAN NEGERI DALAM PERBINCANGAN PEMBANGUNAN SETEMPAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan YB Ahli Dewan Negeri menjadi tumpuan masyarakat membuat aduan, adakah Kerajaan bercadang menggubal peraturan tertentu agar ADN terlibat bagi memberi pandangan apabila menyentuh kepentingan masyarakat di kawasannya, sebelum Kerajaan membuat keputusan?
-
Jika tidak, nyatakan mekanisma alternatifnya?
198) PEMBUANGAN SAMPAH DI TEBING SUNGAI KELANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk membersihkan Sungai Kelang
-
Sila nyatakan langkah yang dirancang untuk mengatasi pembuangan sampah di tebing Sungai Klang di Bukit Tandang, Kinrara, Puchong
198) LESEN PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan lesen-lesen perniagaan di DUN Teluk Datuk, Morib dan Sijangkang merangkumi penjaja statik, gerai, pasar bangunan, yang dimohon dan ditolak sejak tahun 2008 sehingga Bulan Mei, 2013?
-
Apakah syarat kelulusan?
-
Sebab-sebab ditolak?
198) PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG BERDAYA TAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan jangka masa panjang bagi pengurusan yang efisyen?
-
Apakah ukuran terhadap ketahanan perancangan ini?
-
Bagaimanakah prestasi KDEB Waste Management Sdn Bhd setakat ini?
198) SUMBER MINERAL DAN GALIAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jenis-jenis sumber mineral dan galian yang terdapat di Selangor.
-
Berapakah jumlah hasil perolehan dari sumber mineral dan galian di Selangor pada tahun 2014 dan 2015?
198) RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah rumah ibadat selain Islam di Selangor mengikut agama?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan semua agama di Selangor terus kekal aman dan harmoni?
