197) INFRASTRUKTUR UNTUK KAWASAN PENGINDUSTRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Jalan-jalan di kawasan pengindustrian sentiasa perlu diturap semula disebabkan jalan-jalan tersebut senang rosak kerana digunakan oleh kenderaan-kenderaan berat. Keadaan ini berlaku kerana jalan-jalan tersebut hanya menggunakan spek jalan biasa. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan demi mengatasi masalah ini?
197) PENILAIAN PRESTASI EXCO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme yang diguna pakai untuk menilai prestasi ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sejak Mac 2008?
-
Sudahkah penilaian dibuat? Jika ya, apakah kesimpulan dan langkah memperbaiki yang akan diambil? Jika belum, apakah sebabnya?
197) SELANGOR CHESHIRE HOME (SCH)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerjasama kerajaan bagi memajukan program-program amal di SCH?
-
Apakah tindakan kerajaan melalui PBT berkenaan dalam mencegah berulangnya banjir yang pernah melanda SCH?
-
Apakah tindakan kerajaan melalui PDT berkenaan bagi mengembalikan tanah SCH yang kini telah diceroboh pelbagai pihak?
197) LEBUHRAYA PERSEKUTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk mengatasi kesesakan teruk di Lebuh raya Persekutuan?
-
Adakah pembangunan di sepanjang Lebuh raya Persekutuan akan dikurangkan sehingga masalah kesesakan dikurangkan?
197) ZAKAT UNTUK PELAJAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Mengapakah terdapat syarat tambahan seperti mesti menandatangani surat aku janji bagi pelajar Selangor di Mesir yang ingin mendapatkan bantuan zakat?
-
Apakah isi kandungan aku janji tersebut dan apakah justifikasi ia diwujudkan? Apakah perbandingan prestasi sebelum dan selepas akujanji ini diwujudkan?
-
Apakah peranan pegawai yang dilantik oleh MAIS yang bertugas di Mesir di samping para pelajar di sana? Mengapakah ia perlu diwujudkan dan apakah tindakan beliau terhadap pelajar yang dikatakan dihalau daripada asrama dan terpaksa tidur di kaki lima?
197) JOM SHOPPING
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah ramai penduduk telah menyertai program Jom Shopping. Sila terperincikan mengikut DUN.
-
Adakah Tesco telah menarikan diri dari program tersebut? Sila jelaskan.
-
Sila nyatakan jumlah perbelanjaan di Tesco, Econsave dan Giant.
198) PENGAMBILALIHAN INDUSTRI AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terbaru rundingan pengambilalihan industri air di Selangor dan sama ada kerajaan berhasrat untuk mengekalkan tawaran harga sebelum ini untuk meneruskan rundingan?
-
Adakah benar bahawa Kerajaan Negeri diminta untuk menanggung hutang yang ditanggung oleh syarikat-syarikat air ini?
198) TAMAN PERKUBURAN TAMAN MEDAN DI PJS 3
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan serta tindakan seterusnya bagi tujuan pembangunan keseluruhan Taman Perkuburan Taman Medan di PJS 3?
-
Apakah tindakan terhadap aktiviti pencerobohan tanah Taman Perkuburan Taman Medan dan tanah rizab sungai yang masih berlaku selain mengeluarkan notis pengosongan?
198) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Berapa kos bulanan yang ditanggung oleh kerajaan negeri bagi setiap bas?
-
Adakah kerajaan bercadang menyediakan perkhidmatan ini untuk kawasan luar bandar?
198) PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Ramai penduduk Taman Medan yang terlibat dalam program pemindahan penduduk setinggan ke pangsapuri-pangsapuri. Setelah dipindahkan ke pangsapuri kos rendah permasalahan yang dihadapi oleh penduduk bekas setinggan jauh dari selesai. Ada pangsapuri kos rendah yang ditawarkan tidak mengikut piawaian tetapi sudah mendapat sijil kelayakan menduduki. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor memastikan pihak pemaju mematuhi segala syarat pembinaan pangsapuri kos rendah
-
Apakah tindakan ke atas pemaju yang melanggar syarat pembinaan dan pihak berkuasa tempatan yang memberi sijil kelayakan menduduki kepada binaan yang tidak memenuhi syarat?
-
Penghuni pangsapuri dikenakan bayaran penyelenggaraan oleh pemaju serta cukai pintu oleh MBPJ di samping bayaran rumah setiap bulan. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor boleh membantu mengurangkan kos bayaran bulanan yang terbeban atas penghuni bekas setinggan ini?
