202) PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Status terkini kewangan Kerajaan Negeri Selangor.
-
Hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan.
-
Apakah projek-projek yang telah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan ICU?
202) MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Program MIMBAR merupakan satu langkah yang baik. Rungutan masyarakat. Proses yang diambil untuk kelulusan agak lama, melepasi 2 bulan. Apakah masalahnya? Huraikan
-
Proses kelulusan meremehkan dan pegawai penemu duga kurang pengalaman. Apakah penjelasan kerajaan dalam perkara ini
-
Apakah Ôstandard operation procedureÕ yang diguna pakai semasa temu duga?
202) PENYELENGGARAAN JALAN PLB/JKR DI KAMPUNG-KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri bercadang meningkatkan kekerapan penyelenggaran jalan-jalan dan longkang bagi jalan-jalan kampung PLB dan JKR daripada 2 kali setahun kepada sekurangnya 4 kali setahun?
202) HASIL PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah pulangan dari segi royalti, dividen dan bayaran kepada kerajaan negeri, agensi-agensinya serta anak-anak syarikat kerajaan yang terkini sehingga suku ketiga tahun ini hasil daripada industri perlombongan sumber-sumber semulajadi?
202) PENSTRUKTURAN SEMULA BEKALAN AIR NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini usaha penstrukturan semula bekalan air tersebut ?
-
Sila perjelaskan apakah asas dakwaan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang kononnya Negeri Selangor akan mengalami krisis bekalan air pada tahun 2015 ?
-
Sila kemukakan butiran terperinci dan kisah sebenar tentang keperluan membina loji Langat-2 seperti yang didesak oleh pihak pembangkang sejak muktahir ini ?
202) CUKAI TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Senaraikan premis-premis yang dimiliki oleh parti-parti politik yang mempunyai tunggakkan cukai tanah dan jumlah tunggakan mengikut daerah masing-masing.
202) POLISI KEDAI DAN GERAI MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi Kerajaan Negeri untuk memastikan wujudnya kedai dan gerai mampu milik bagi menggalakkan perkembangan perniagaan kecil sederhana dan bilakah polisi ini dilaksanakan?
-
Senaraikan lokasi,jumlah unit dan harga jualan untuk kedai dan gerai mampu milik mengikut pecahan PBT.
202) PENYELENGGARAN POKOK DI JALAN JKR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah isu pokok-pokok yang tidak diselenggarakan disebabkan di luar bidang kerja JKR (walaupun ianya berada di jalan JKR) yang dikenal pasti di Selangor?
-
Apakah KNS telah ada dasar untuk penyelesaian kepada isu ini bersama dengan pihak PBT?. Nyatakan.
202) PERKHIDMATAN E-BIL AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan peratusan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan e-bil Air Selangor mengikut wilayah setakat ini.
-
Nyatakan langkah-langkah Air Selangor yang diambil bagi memastikan perkhidmatan pos boleh menghantar bil air ke rumah pelanggan tanpa kelewatan
202) MASALAH BANJIR DAN JALAN RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Mulut
-
Masalah banjir sudah jadi perkara biasa di Selangor: i. Sila mengecamkan kawasan-kawasan yang telah dibuktikan sebagai kawasan mudah banjir oleh setiap PBT dan sila beri perangkaan. ii. Sila beri perangkaan kes-kes yang berjaya ditangani iii. Sila beri perangkaan mengenai kawasan-kawasan yang masih dilanda banjir dan nyatakan tindakan pemulihan yang diperlukan. iv. Sila beri angka jumlah yang telah dibelanjakan dalam masa lima tahun yang lepas sehingga setakat kini oleh setiap PBT di negeri Selangor untuk kerja pemulihan. v. Sila nyatakan berapa jumlah struktur takungan air yang telah dibina dalam negeri dan nyatakan berapa jumlah kawasan yang telah diubahkan untuk niat pembangunan
-
Kerja jalan raya (Road work): i. Sila beri perangkaan bajet yang diperuntukan untuk kerja pembaikan dan kerja penyelenggaraan jalan raya oleh setiap PBT dalam Negeri ii. Sila beri penerangan mengenai peratusan kerja pembaikan jalan raya dan kerja penyelenggaraan tahunan iii. Sila nyatakan jumlah jarak (dalam Kilometer) jalan raya di Negeri Selangor oleh PBT dan jumlah yang dibajetkan) yang di peruntukan untuk kerja pembaikan dan penyelenggaraan untuk tiap-tiap PBT
