202) BEBAS HALANGAN – OKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan berapakah PBT yang telah berjaya melaksanakan 100% Dasar Bebas Halangan terhadap OKU? Jika tiada, nyatakan sebab-sebab kegagalan?
-
Apakah Perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan perkara ini dapat dilaksanakan?
-
Berapakah jumlah kewangan yang telah diperuntukkan untuk tujuan di atas?
202) HASIL PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah pulangan dari segi royalti, dividen dan bayaran kepada kerajaan negeri, agensi-agensinya serta anak-anak syarikat kerajaan yang terkini sehingga suku ketiga tahun ini hasil daripada industri perlombongan sumber-sumber semulajadi?
202) PENSTRUKTURAN SEMULA BEKALAN AIR NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini usaha penstrukturan semula bekalan air tersebut ?
-
Sila perjelaskan apakah asas dakwaan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang kononnya Negeri Selangor akan mengalami krisis bekalan air pada tahun 2015 ?
-
Sila kemukakan butiran terperinci dan kisah sebenar tentang keperluan membina loji Langat-2 seperti yang didesak oleh pihak pembangkang sejak muktahir ini ?
202) Anak Syarikat MBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Senaraikan anak-anak syarikat MBI Selangor yang baru ditubuh sejak 2018 dan fungsi atau objektifnya?
-
Apakah bidang perniagaan baru yang diceburi oleh MBI sejak tahun 2018 dan apa hasil dan untung yang dijangka diperolehi?
202) POLISI KEDAI DAN GERAI MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi Kerajaan Negeri untuk memastikan wujudnya kedai dan gerai mampu milik bagi menggalakkan perkembangan perniagaan kecil sederhana dan bilakah polisi ini dilaksanakan?
-
Senaraikan lokasi,jumlah unit dan harga jualan untuk kedai dan gerai mampu milik mengikut pecahan PBT.
202) RUMAH KONGSI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan berlakunya kes-kes jenayah di sekitar kediaman penduduk yang berhampiran dengan kawasan pembangunan yang sering dikaitkan dengan rumah kongsi.
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina satu pusat penempatan kongsi yang lebih selamat dan teratur sebagai syarat kepada pemaju bagi mengurangkan berlakunya kes-kes jenayah yang tidak diingini berlaku dan juga bagi menjaga soal ketenteraman penghuni di sekitar kawasan pembangunan terbabit
202) PENYELENGGARAN POKOK DI JALAN JKR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah isu pokok-pokok yang tidak diselenggarakan disebabkan di luar bidang kerja JKR (walaupun ianya berada di jalan JKR) yang dikenal pasti di Selangor?
-
Apakah KNS telah ada dasar untuk penyelesaian kepada isu ini bersama dengan pihak PBT?. Nyatakan.
202) PROGRAM TUISYEN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Antara program pembangunan modal insan dan kebajikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah Program Tuisyen Rakyat. Apakah kesan program ini terhadap pencapaian pelajar dari segi akademik serta pembangunan sahsiah dan akhlak?
-
Berapakah bilangan pelajar yang mengikuti program ini pada tahun 2009 menurut DUN di mana program ini dilaksanakan?
-
Berapakah peruntukkan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menjalankan program ini untuk tahun 2009 dan tahun 2010?
202) WASTE TO ENERGY
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan kerja-kerja pembangunan sistem dan rawatan sisa pepejal menyeluruh menggunakan sistem waste to energy di Jeram Kuala Selangor?
-
Nyatakan pelaksanaan yang telah dilakukan bagi tujuan pemuliharaan alam sekitar ke atas bekas tapak pelupusan sisa pepejal di Selangor
202) ELAUN ATLET SUKSES
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan elaun yang dikeluarkan untuk atlet SUKSES?
-
Bagaimanakah kaedah pengagihan elaun kepada atlet?
-
Nyatakan jumlah elaun yang diterima mengikut kategori.
