203) PENYELENGGARAN PINTAR JALAN RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini mengenai penyelenggaraan pintar jalan raya yang telah dimeterai di antara PBT bersama Google Asia Pacific?
-
Nyatakan peruntukkan bagi membangunkan system middleware bagi membantu program ini.
-
Sejauh manakah keberkesanan sistem ini?
203) LESEN OPERASI KILANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kilang yang telah diberi kebenaran semula untuk beroperasi selepas ditarik balik mengikut PBT
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada kilang yang berulang kali melakukan kesalahan yang sama?
-
Apakah usaha untuk memastikan setiap kilang mematuhi syarat operasi yang ditetapkan Kerajaan Negeri?
203) TANAH LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan keluasan tanah TOL di Selangor dari 2010 hingga 2015 mengikut daerah.
-
Apakah faktor yang membuatkan tanah TOL diambil semula?
203) PERLANTIKAN JAWATAN BARU KETUA KOMUNITI DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Adakah jawatan baru ini diwujudkan oleh Kerajaan Negeri?
-
Berapakah elaun bulanan Ketua Komuniti DUN?
203) PEMBINAAN RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prosedur permohonan rumah ibadat selain Islam?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan untuk membina rumah ibadat selain Islam?
203) PRESTASI KEWANGAN TOURISM SELANGOR SDN. BHD. (TSSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan TSSB yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari tahun 2014-2016
-
Nyatakan tahun dan prestasi kewangan yang terbaik dan terburuk sepanjang penubuhan TSSB
-
Apakah Kerajaan Negeri akan terus menggunakan TSSB sebagai platform tunggal pelancongan Selangor?
203) PERKHIDMATAN BAS SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci perbelanjaan bagi melaksanakan perkhidmatan Bas SelangorKu?
-
Senaraikan PBT yang telah melaksanakan perkhidmatan Bas SelangorKu dan jumlah bas yang digunakan?
-
Adakah perkhidmatan Bas SelangorKu termasuk dalam perancangan Pelan Induk Pengangkutan Awam yang diwar-warkan Kerajaan Negeri?
203) PROJEK PERUMAHAN / PERDAGANGAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan nama Projek Perumahan / Perdagangan Terbengkalai di Daerah Kuala Langat mengikut susunan DUN Sijangkang, Telok Datok, Morib dan Tanjong Sepat sejak tahun 2008 hingga kini. Apakah perkembangan terkini setiap Projek Perumahan / Perdagangan Terbengkalai.
-
Sila menyatakan nama Syarikat Pemaju dan tarikh / tahun mula membina.
-
Siapakah Agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab untuk memantau Projek Perumahan / Perdagangan Terbengkalai?
203) MASJID REKABENTUK KEBUDAYAAN CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembinaannya di Bandar Baru Klang yang telah diperuntukkan RM2.5 juta pada tahun ini?
203) KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kakitangan Kerajaan Negeri?
-
Apakah sistem penilaian kakitangan (appraisal system) yang digunakan oleh Kerajaan Negeri?
-
Adakah wujudnya sistem ganjaran berdasarkan prestasi? Sila jelaskan.
