206) BANJIR KILAT DI PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha JPS untuk mengatasi masalah ini supaya tidak berulang ?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah disediakan ?
-
Bila projek akan disiapkan ?
206) JALAN KELUAR ALTERNATIF KAMPUNG SRI INDAH (TELAH DIMASUKKAN DIBAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE 11)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini tentang projek tersebut dan bilakah ia akan dilaksanakan ?
206) PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan tindakan penyahwartaan hutan simpan di Negeri Selangor sejak Mei 2018.
-
Adakah kajian impak alam sekitar ("Environmental Impact Assessment") telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor ataupun badan swasta yang lain?
206) PERUNTUKAN PROJEK SELANGOR PENYAYANG (PSP)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Adakah baki peruntukan bagi Projek Selangor Penyayang (PSP) Fasa 2 yang berbaki RM500,000 untuk tahun ini akan disalurkan?
-
Sila senaraikan projek-projek PSP di DUN Sungai Pelek yang telah diluluskan mengikut kategori penyelenggaraan, bina baru dan lain-lain masing-masing.
206) PUSAT SIBER RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 35, 10 Nov 2009); ÒSatu projek Pusat Siber Rakyat (PSR) yang diintegrasikan dengan perpustakaan berobjektifkan pengembangan dan penggabungan konsep ilmu, maklumat dan pengetahuan dengan menggunakan digital dan buku-buku yang berbentuk fizikal. Program-program ICT mendapat peruntukan sebanyak RM9 juta bagi tahun 2010Ó : Apakah struktur pelaksanaan PSR di peringkat DUN?
-
Apakah seperti program-program Tuisyen Rakyat, Pusat Komuniti Wanita dan Pusat Dialisis Rakyat, program PSR akan dilaksanakan melalui ADUN?
-
Apakah pecahan-pecahan peruntukan RM9 juta dalam pelaksanaan PSR?
206) BANJIR DI JALAN 16, TAMAN RAKAN, CHERAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun:
Kategori: Mulut
-
Jalan 16, Taman Rakan, Cheras kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat turun dan melibatkan penduduk di kawasan tersebut. Apakah usaha pihak PBT dan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini?
-
Apakah punca sebenar yang menyebabkan banjir yang kerap berlaku di kawasan tersebut?
206) 30% KUOTA WANITA DALAM GLC
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah peratusan Wanita dalam tahap pengurusan dalam GLC Negeri Selangor (termasuk MBI).
-
Apa cadangan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kuota wanita dalam GLC-GLC tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri mewajibkan kod anti-gangguan seksual digunakan dalam semua GLC
206) COASTWAY HIGHWAY JALAN UTAMA PERSEKUTUAN YANG SEDANG DALAM PEMBINAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Mohon penjelasan terperinci tentang kedudukan dan lokasi susur keluar dan U-Turn serta flyover antara Sekinchan sehinggalah ke Sabak
-
Apakah usaha kerajaan bagi memastikan pihak pemaju memntingkan aspek keselamatan pengguna?
206) MASALAH TEMPAT MELETAK KENDERAAN DI STATION LRT 10 PUCHONG PERDANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah mengatasi permasalahan tempat meletak kenderaan di station LRT 10 Puchong Perdana sedangkan tapak parking dijadikan food court?
206) ZON BERSIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bagaimanakah pencapaian dan keberkesanan kempen Zon Bersih yang dilaksanakan oleh setiap PBT ?
-
Sila nyatakan apakah bentuk usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah kebersihan Pekan dan juga Bandar-bandar ?
-
Sila perjelaskan apakah punca utama yang menyebabkan kawasan Zon Bersih hanya bersih ketika waktu kempen sahaja ?
