206) BANJIR KILAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kawasan-kawasan kritikal banjir kilat di Semenyih,Beranang, Bangi dan Kajang
-
Apa usaha-usaha yang telah dilakukan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan ini?
-
Berapa banyak bantuan yang telah diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan ini pada 2016 sehingga kini mengikut kawasan.
206) SKIM KESELAMATAN KEJIRANAN PANGSAPURI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramaikah yang telah memohon untuk skim ini?
-
Sejauh manakah skim ini dapat mengurangkan kadar jenayah dan masalah sosial di kawasan kejiranan?
-
Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengurus dan memantau pelaksanaan skim ini?
206) PEMBANGUNAN SUKAN GOLONGAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menyediakan insentif yang mencukupi untuk pembangunan sukan golongan belia sebagai salah satu langkah pencegahan dari pelbagai gejala sosial?
-
Jika ya, nyatakan insentif itu?
-
Jika tidak, apakah rancangan alternatif Kerajaan?
206) PENYELENGGARAAN PEJABAT KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Agensi manakah yang dipertanggungjawabkan penyelenggaraan bangunan kerajaan iaitu SUK dan SUK II semenjak 2008? Namakan.
-
Berapakah kos penyelenggaraan yang ditanggung oleh pihak KNS setiap tahun semenjak 2008 sehingga kini?
-
Apakah usaha penambahbaikan yang dilakukan bagi memastikan servis yang diberikan terbaik?
206) KEMUDAHAN TASKA DAN TADIKA DI TEMPAT BEKERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kerajaan akan menetapkan agar kemudahan taska dan tadika di tempat bekerja perlu disediakan dalam permohonan kebenaran merancang (KM) untuk projek pembangunan kawasan komersial dan blok pejabat BUKAN KERAJAAN?
206) SIASATAN SALAHLAKU KES-KES TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah prosedur yang ada di dalam Kerajaan Negeri bagi menyiasat pelbagai dakwaan salah laku yang melibatkan kes-kes tanah di negeri Selangor?
206) PENYELENGGARAAN JALAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan MARRIS bagi tahun 2019 untuk penyelenggaraan jalan kampung yang telah didaftarkan?
-
Bagaimanakah penyelenggaraan jalan di atas tanah persendirian yang bersifat laluan awam?
206) PENSTRUKTURAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bilakah proses penstrukturan ini akan tamat?
-
Setelah penstrukturan ini, adakah tarif air akan turun atau naik? tanpa bebanan kepada kerajaan negeri dan rakyat
-
Apakah dimaksudkan saham kepada rakyat?
206) PROJEK PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU, KAMPUNG TERSUSUN DAN KAMPUNG BAGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua projek pembangunan yang telah diadakan pada tahun 2013 dan akan diadakan pada tahun 2014 di setiap kampung baru, kampung tersusun dan kampung bagan dan nyatakan nilai, tempoh pelaksanaan dan status terkini setiap projek tersebut.
206) PUSAT SIBER RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 35, 10 Nov 2009); ÒSatu projek Pusat Siber Rakyat (PSR) yang diintegrasikan dengan perpustakaan berobjektifkan pengembangan dan penggabungan konsep ilmu, maklumat dan pengetahuan dengan menggunakan digital dan buku-buku yang berbentuk fizikal. Program-program ICT mendapat peruntukan sebanyak RM9 juta bagi tahun 2010Ó : Apakah struktur pelaksanaan PSR di peringkat DUN?
-
Apakah seperti program-program Tuisyen Rakyat, Pusat Komuniti Wanita dan Pusat Dialisis Rakyat, program PSR akan dilaksanakan melalui ADUN?
-
Apakah pecahan-pecahan peruntukan RM9 juta dalam pelaksanaan PSR?
