207) PELANCONGAN DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Adakah apa-apa strategi, produk dan program khusus untuk pembangunan sektor pelancongan di Hulu Selangor?
-
Adakah kerajaan ada peruntukan dan program untuk Kolam Air Panas Hulu Tamu sebagai lokasi pelancongan?
207) SEKOLAH SWASTA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua sekolah swasta dan jumlah murid di Selangor mengikut daerah?
-
Apakah bidang kuasa Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah swasta tersebut?
207) GURU KAFA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri membantu meningkatkan pendapatan Guru KAFA melepasi garis kemiskinan di Selangor?
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk membela nasib guru KAFA ini?
207) KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk melantik Yang Di Pertua Majlis Perbandaran dan Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah daripada kalangan bukan Melayu?
-
Berapakah jumlah-jumlah pengarah-pengarah di setiap Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh Negeri Selangor dari segi komposisi kaum?
207) TNB, PBT & KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Terangkan kaedah penggunaan kuasa elektrik antara PBT dengan TNB dan Kerajaan Negeri dengan TNB dari segi penggunaan tanah oleh TNB dan lampu jalan untuk kegunaan awam
207) Rancangan Pembangunan Di Pulau Carey
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembangunan di Pulau Carey, khasnya dalam industri maritim, pertanian dan pelabuhan?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri khasnya dalam perancangan pelaburan dan perindustrian di Pulau Carey?
207) PELAKSANAAN SISTEM LETAK KERETA BERBAYAR MDHS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah benar MDHS akan melaksanakan sistem letak kereta berbayar pada tahun 2016? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Adakah MDHS akan mengadakan sesi pendengaran bantahan rakyat mengenai pelaksanaan sistem letak kereta sebelum sistem tersebut dilaksanakan? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
-
Adakah MDHS sedar penduduk pernah membuat bantahan terhadap sistem letak kereta berbayar di kawasan Kuala Kubu Bharu pada 14 Oktober 2014 dengan alasan ekonomi kawasan tersebut kurang berkembang dan belum mencapai tahap pengangkutan bandar (urban transportation)?
207) KES JENAYAH KG SUNGAI JAROM JENJAROM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kes-kes pecah rumah, curi kenderaan dan kes saman motosikal di kg Sg Jarom, Jenjarom bagi tempoh 2014 hingga sekarang.
-
Bagaimana untuk mengurangkan kes-kes jenayah itu?
-
Berapa ramai anggota bertugas di balai polis Kg Sg Jarom?
207) PEMANASAN GLOBAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapa keluasan hutan simpanan negeri Selangor?
-
Sejak pemerintahan Pakatan Rakyat sehingga kini, berapakah pembalakan haram yang telah dikesan oleh Jabatan Hutan Negeri?
-
Berapa banyak peruntukan kerajaan untuk bumi hijau dan jelaskan aktiviti tanaman setiap daerah?
207) DEIG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban operasi DEIG agar selaras dengan prinsip urustadbir baik?
