205) KADAR PERCERAIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah kadar perceraian di kalangan pasangan muda khususnya mengikut pecahan kaum sejak 5 tahun yang lalu ?
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan kecenderungan kadar penceraian semakin tinggi dan berleluasa di kalangan masyarakat sejak mutakhir ini ?
-
Sila nyatakan apakah bentuk bantuan dan bimbingan yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi meminimumkan masalah tersebut ?
205) KEMALANGAN MAUT Ð SEPANJANG JALAN KLANG/BANTING
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kemalangan maut direkodkan bagi tahun 2013 di sepanjang Jalan Klang - Banting, Kuala Langat.
-
Nyatakan kerja-kerja penambahbaikan perabot jalan raya yang telah dilakukan dengan menyatakan setiap lokasi, jenis dan kos pembaikan.
205) PELABUR LUAR NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan usaha yang telah dilakukan untuk mempelawa pelabur-pelabur dari luar negeri untuk melabur di negeri Selangor.
-
Apakah keistimewaan ataupun pengecualian yang boleh ditawarkan oleh kerajaan untuk memastikan Selangor pilihan utama pelabur-pelabur?
205) PENGURUSAN REKOD DAN MAKLUMAT KAFA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008 muka surat 32: ÒPada pendapat Audit, pengurusan rekod dan maklumat SIMPENI adalah tidak memuaskan. Penyelia KAFA hendaklah mengemas kini data pada setiap bulanÓ. Jabatan tidak memberi ulasan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor. Apakah punca-punca utama yang menjadi sebab kepada kelemahan ini?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan untuk mengatasi kelemahan di atas?
-
Berapakah jumlah keseluruhan peruntukan yang diperlukan bagi memenuhi piawaian Audit terhadap kelemahan ini?
205) LAWATAN MBPJ KE LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah lawatan dan kos MBPJ untuk 2018?
-
Apakah pelaksanaan baru akibat lawatan tersebut?
205) PEMBANGUNAN TANAH-TANAH TERBIAR DI DUN DUSUN TUA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan banyak tanah-tanah kerajaan negeri terbiar begitu lama terutama yang diberikan kepada PKPS khususnya di DUN Dusun Tua, Sila nyatakan apakah usaha-usaha kerajaan negeri untuk membantu membangunkan tanah-tanah terbiar sama ada milik individu atau milik kerajaan sepertimana yang tersebut.
205) KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kilang haram yang telah dan belum diputihkan daripada tahun 2008 hingga 2013 mengikut PBT?
-
Berapakah kilang haram baru yang dikesan daripada tahun 2008 hingga 2013 mengikut PBT?
205) BANJIR KILAT DUN GOMBAK SETIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kawasan yang masih belum diatasi masalah banjir di DUN Gombak Setia?
-
Apakah tindakan yang sedang dan akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut?
205) PERUNTUKAN KEPADA JAIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan kerajaan kepada JAIS pada tahun 2023 dan apakah justifikasinya?
205) PROJEK PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN SUNGAI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status Projek Pembersihan dan Pemulihan Sungai Klang
-
Berapakah kos yang sudah dibelanjakan untuk projek ini?
-
Nyatakan dari mana sumber kewangan digunakan untuk membiayai projek ini dan apakah komitmen kewangan di pihak Kerajaan Negeri
